Friday, January 30, 2009

MAJLIS PERMUAFAKATAN TAHUN 6

Pada 31 Januari 2009 telah diadakan Majlis Permuafakatan Tahun 6 pada pukul 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa dan pelajar tentang aktiviti tahun 6, perbelanjaan yang terlibat dan selain daripada itu juga memberi motivasi kepada pelajar yang hadir. Penerangan tentang sasaran UPSR 2009 telah diberi penerangan oleh En. Sukimin b. Juki (Guru Besar) dan penerangan mengenai aktiviti pula oleh Pn. Rathi Ambigai a/p Kanapati (Penyelaras Tahun 6) dan perbelajaan aktiviti tahun 6 pula diterangkan oleh En. Hamlay b. Othman (YDP PIBG). Diharap melalui program ini dapat memberi gambaran yang jelas tentang program dan sasaran UPSR tahun ini. Sasaran UPSR 2009 adalah 60 orang pelajar mendapat 5A dan peratus pelajar lulus UPSR adalah 90%. Menjadi tugas dan tanggungjawab semua pelajar, ibu bapa dan guru untuk sama-sama berusaha untuk mencapai sasaran ini.

TAKLIMAT 3K

Pada 15 Januari 2009 diadakan taklimat tentang aktiviti dan program 3K (Kesihatan, Keselamatan, Kesihatan) yang dipengerusikan oleh Pn. Nafisah Salleh (PK HEM). Semua unit yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan 3K menghadiri taklimat awal 3K termasuklah unit bimbingan & kaunseling, unit kantin dan unit disiplin. Tujuan taklimat awal ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang pentingnya 3K dan persediaan program 3K bagi sekolah untuk tahun 2009. Antaranya, akan diadakan bulan 3K iaitu pada bulan April dan program 3K yang akan dijalankan pada bulan April dan program-program lain yang wajib dijalankan secara berkala oleh unit-unit di bawah 3K. Diharap melalui program 3K ini dapat memberi banyak manafat kepada seluruh warga SKS2BK.

Saturday, January 24, 2009

MESYUARAT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING KALI PERTAMA 2009

Pada 22 Januari 2009 telah diadakan mesyuarat perkhidmatan bimbingan & kaunseling untuk kali pertamanya di bilik wawasan tepat jam 1.30 petang hingga 2.30 petang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pn. Nafisah bt Salleh (PK HEM). Antara agenda mesyuarat ini adalah :-
1. 2 orang guru bimbingan bagi tahun 2009
2. JK Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling 2009
3. Bidang Tugas Guru Bimbingan
4. Sesi Bimbingan & Kaunseling
5. Program dan Aktiviti Unit Bimbingan & Kaunseling 2009
6. Hal-hal lain.

Friday, January 23, 2009

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN BUDAYA CEMERLANG ~ PENGAWAS SEKOLAH

Pada 21 Januari 2009 telah dijalankan program ini untuk pengawas sekolah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pengawas yang baru dilantik pada tahun 2009 ini mengetahui bidang tugas masing-masing, peranan dan tanggungjawab dalam menjalankan tugas dengan cekap dan berdisiplin menjadi intipati penting dalam program ini. Disamping itu, Pn. Nafisah Salleh (PK HEM) memberi amanat untuk menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang. Pn. Kausalya telah mengagihkan tugas-tugas semua pengawas mengikut kumpulan dan Pn. Juliana memberi motivasi untuk menjalakan tugas dan baik. Jika terdapat sebarang masalah ketika menjalankan tugas perlulah dirujuk dengan guru disiplin dan disamping itu juga boleh berjumpa dengan guru bimbingan. Program ini dijalankan pada pukul 7.45 pagi hingga 8.45 pagi di Bilik Wawasan.

Saturday, January 17, 2009

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH & BUDAYA CEMERLANG

Pada 15 Januari 2009 telah diadakan satu program khusus untuk ketua murid dan penolong ketua murid. Oleh itu seramai 54 orang pelajar telah menghadiri program ini yang bertempat di Bilik Wawasan pada pukul 7.45 pagi hingga 8.30 pagi. Pengisian program ini adalah untuk membimbing ketua kelas dan penolong ketua kelas tentang bidang tugas mereka semasa di bilik darjah. Dengan adanya program ini ketua kelas dan penolong ketua kelas akan menjalankan tugas mereka dengan betul dan cekap. Bulan Januari ini merupakan tempoh percubaan bagi mereka menjalankan tugas masing-masing. Jika ketua dan penolong ketua kelas didapati gagal menjalankan tugas mereka, maka mereka tidak akan dilantik semula dan jawatan mereka akan digantikan dengan murid lain. Perlantikan ketua kelas dan penolong ketua kelas akan dibuat pada 2 Februari 2009. Semoga anda berjaya menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Program ini anjuran bersama unit bimbingan kaunseling dan unit disiplin di bawah bahagian Hal Ehwal Murid.

Tuesday, January 13, 2009

BULETIN JANUARI

Rahsia terbesar kejayaan ialah

MEMBERI TUMPUAN SEPENUHNYA KETIKA GURU MENGAJAR.

Ketika ke sekolah untuk belajar dan untuk memahami sepenuhnya apa yang diajar oleh guru. Oleh itu tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang diajar oleh guru. Jika tidak, kita hanya membuang masa sahaja di sekolah.

Saturday, January 10, 2009

PROGRAM MAJU DIRI - PMD
















Program Maju Diri dijalankan pada 5 Januari 2009 hingga 7 Januari 2009 iaitu selama 3 hari yang membabitkan murid tahun 4,5,dan 6. Berbagai program telah disusun di dalam modul PMD ini termasuklah motivasi, suaimesra, kemahiran mengurus diri, kemahiran belajar, dan kerjaya. Guru telah diberi taklimat untuk program PMD pada 30 Disember oleh Pn. Juliana Wahid. Semua murid tahap 2 ini mesti menyediakan buku B&K untuk mencatat maklumat dan aktiviti PMD dan buku ini akan digunakan sepanjang tahun ini apabila guru bimbingan masuk ke kelas untuk Bimbingan Kelas dan program motivasi. Semua buku-buku ini akan disimpan oleh guru bimbingan di bilik Bimbingan dan Kaunseling. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan semua guru yang mengajar kelas tahap 2 ini yang menjadi tulang belakang untuk memastikan semua aktiviti yang dirangka dapat berjalan seperti yang diharapkan.

PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1











Pada 2 Januari 2009 adalah merupakan tarikh berlangsungnya program ini yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Murid. Unit Bimbingan dan Kaunseling membantu PK HEM iaitu Pn. Nafisah untuk menjayakan program ini. Program ini telah berjaya dijalankan dengan lancar walaupun hujan turun rintik-rintik dan memaksa lokasi perjumpaan dengan murid tahun 1 dan ibu bapa di tapak perhimpunan ditukarkan ke dewan sekolah. Syabas kepada semua guru yang membantu menjayakan program ini.

BERTAMBAH GURU BIMBINGAN & KAUNSELING

Mulai tahun ini kekosongan jawatan guru bimbingan dan kaunseling akan diisi oleh Cik Marlina bt Mohtar atas lantikan dalaman pihak sekolah. Oleh itu, kini terdapat 2 orang guru bimbingan dan kaunseling yang layak mengikut enrolmen murid sekolah ini iaitu Pn. Juliana bt. Wahid dan Cik Marlina bt. Mohtar. Semoga Unit Bimbingan dan Kaunseling akan bergerak lebih lancar dengan adanya " 2 head is better than 1".