Monday, July 27, 2009

PERASMIAN MINGGU KARNIVAL KERJAYA






Minggu Karnival Kerjaya anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKS2BK sedang berlangsung dari 27 Julai 2009 hingga 31 Julai 2009. Karnival Kerjaya ini telah dirasmikan oleh Puan Siti Hanim bt Sungit, GPK Pentadbiran pada 27 Julai 2009. Turut bersama ialah Puan Nafisah bt Salleh, GPK Hal Ehwal Murid dan En. Azmin b Yahya, GPK Ko-kurikulum.

Sempena minggu kerjaya ini, pelbagai aktiviti akan dijalankan antaranya:
1) Pertandingan Menulis Karangan "cita-cita saya" bagi murid-murid tahap 2.
2) Pertandingan Mewarna bagi murid-murid tahap 1.
3) Kuiz.
4) Soal Selidik Kerjaya.
5) Pameran Kerjaya.

Tuesday, July 14, 2009

MINGGU KERJAYA

Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menganjurkan Minggu Kerjaya dari 27 Julai 2009 hingga 31 Julai 2009. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Unit Bimbingan dan Kaunseling.