Sunday, January 9, 2011

Majlis Permuafakatan Tahun 5 dan Tahun 6

Majlis Permuafakatan Tahun 5 dan Tahun 6 berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada guru-guru dan juga Ibu Bapa / Penjaga yang memberi kerjasama terbaik dalam melancarkan Majlis tersebut. Majlis ini telah diadakan :-

Tarikh : 08/01/2011
Hari : Sabtu
Aktiviti : 1. Taklimat daripada Pn. Maimoon bt. Dusa ( GB)
2. Taklimat daripada En. Hamlay bin Othman ( YDP PIBG)
3. Taklimat Guru - Guru Mata Pelajaran ( BM, BI, Sains dan Matematik )
4. Bayaran Yuran Tambahan

Program Maju Diri 2011

Program Maju Diri telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih diucapkan kepada semua guru Tahap 2 yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga program ini dapat mempertingkatkan motivasi murid dan berkeyakinan tinggi dalam diri mereka. Program ini juga diselitkan dengan ceramah-ceramah daripada Unit Disiplin, Unit Pusat Sumber Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Tarikh : 5/01/2011 hingga 7/01/2011
Tempat : Bilik Darjah Tahap 2

Tuesday, May 11, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA

Tarikh : 1 Mac hingga 15 April 2010
Tempat : Bilik Darjah Masing-masing

Aktiviti :-
1. Pertandingan Mewarna Kerjaya ~ Pra sekolah dan Tahap 1
2. Pertandingan Melukis Poster Kerjaya ~ Tahap 2
3. Pertandingan Menulis Karangan Kerjaya ~ Terbuka kepada Tahap 2
4. Pertandingan Melukis Peta Minda Kerjaya Pilihanku ~ Kelab Kerjaya
5. Pertandingan Ejaan Kerjaya ~ Murid Pemulihan

Hadiah bagi setiap kategori ini telah disampaikan pada 3 Mei 2010 (Isnin) oleh Pn. Maimoon bt Dusa.

Monday, April 26, 2010

CERAMAH MOTIVASI TAHAP 2







3 slot ceramah motivasi untuk tahun 4,5 dan 6 telah diadakan mengikut ketetapan berikut :-

Slot 1 : Pecutan Awal UPSR
Tarikh : 21 April 2010 (Rabu)
Masa :8.30 pagi hingga 10.30 pagi
Sasaran : Semua murid tahun 6

Slot 2 : Persediaan Awal UPSR
Tarikh : 22 April 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
Sasaran : Semua murid tahun 5

Slot 3 : Jelajah Pembicara Gemilang
Tarikh : 22 April 2010 (Rabu)
Masa : 11.15 pagi hingga 1.15 petang
Sasaran : Semua murid tahun 4

Ceramah tersebut telah disampai oleh En. Ahmad Barul Sani b. Baharudin ( 012 4123305 / 012 4636461 ). Program ini adalah anjuran bersama PIBG dengan Unit Bimbingan & Kaunseling. Harap semua murid memdapat bimbingan dan kesedaran untuk menjadi "Briliant Student".

Friday, March 5, 2010

Ceramah Motivasi Kerohanian





Satu ceramah motivasi telah diadakan pada 25 Februari 2010 (Khamis) telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah yang dihadiri oleh murid tahun 6 sebagai usaha untuk mengegarkan motivasi kerohanian diri murid. Ceramah ini telah disampaikan oleh En. Nahrawi bt. Marzoki pada pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.

Diharap dengan ceramah pertama ini dapat memberi kesedaran diri kepada murid tahun 6 supaya bersedia fizikal dan mental untuk bertarung bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR yang akan mereka hadapi nanti.

PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 5 & 6




Program Mentor Mentee telah dilancarkan pada 8 Februari 2010 (Isnin). Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn. Maimoon bt Dusa (Guru Besar) pada hari tersebut dan pemberian set buku mentor mentee telah diserahkan oleh guru besar kepada semua guru kelas yang terlibat.

Selepas itu, guru kelas akan memberikan kepada setiap kumpulan mentor mentee yang ada dikelas masing-masing. Murid akan membacakan ikrar mentor mentee. Penerangan mengenai program ini telah diberi oleh guru kelas kepada semua murid agar aktiviti yang berkaitan dengan program ini dapat berjalan dengan jayanya.

Monday, February 22, 2010

Program Kebersihan Diri - 3K





Ceramah : Kebersihan Tangan Bersama Protex
Bidang : Peribadi
Perkembangan : Pencegahan
Tarikh : 22 Februari 2010 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan Baru
Sasaran: Semua murid tahun 1,2 & 3
Anjuran Bersama : Unit Bimbingan & Kaunseling bersama JK 3K

Program Kebersihan Tangan Bersama Protex ini dijalankan untuk membimbing murid tahap 1 mengenai cara-cara membersihkan tangan dengan betul. Ceramah ini telah disampaikan oleh Abang Hakimi telah disampaikan dengan begitu menarik sekali dengan berbagai aktiviti yang diselitkan sepanjang ceramah ini. Antaranya :-

1. Demontrasi murid memcuci tangan mengikut 7 langkah pencucian tangan yang betul.
2. Kuiz spontan mengenai kebersihan dan langkah pencucian tangan.
3. Murid menyiapkan benner kebersihan tangan.
4. Nyanyian lagu kebersihan tangan bersama Handy Otopus
5. Pemberian sabun Protex kepada semua murid tahun 1 & 2.

Murid kelihatan gembira dan seronok belajar cara-cara mencuci tangan dengan betul dengan aktiviti yang dijalankan oleh Protex...

Terima Kasih Protex!