UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA PUCHONG SELANGOR DARUL EHSAN. SEDIA MEMBANTU MURIDKU ANAKKU PERMATAKU SAYANG
Saturday, January 17, 2009
PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH & BUDAYA CEMERLANG
Pada 15 Januari 2009 telah diadakan satu program khusus untuk ketua murid dan penolong ketua murid. Oleh itu seramai 54 orang pelajar telah menghadiri program ini yang bertempat di Bilik Wawasan pada pukul 7.45 pagi hingga 8.30 pagi. Pengisian program ini adalah untuk membimbing ketua kelas dan penolong ketua kelas tentang bidang tugas mereka semasa di bilik darjah. Dengan adanya program ini ketua kelas dan penolong ketua kelas akan menjalankan tugas mereka dengan betul dan cekap. Bulan Januari ini merupakan tempoh percubaan bagi mereka menjalankan tugas masing-masing. Jika ketua dan penolong ketua kelas didapati gagal menjalankan tugas mereka, maka mereka tidak akan dilantik semula dan jawatan mereka akan digantikan dengan murid lain. Perlantikan ketua kelas dan penolong ketua kelas akan dibuat pada 2 Februari 2009. Semoga anda berjaya menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Program ini anjuran bersama unit bimbingan kaunseling dan unit disiplin di bawah bahagian Hal Ehwal Murid.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment