Tuesday, April 21, 2009

GURU PELATIH IBBM BAGI PROGRAM PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

2 orang guru pelatih dari Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia iaitu :-

1. Pn. Uma Dewi a/p M. Subramaniam
2. En. Krishnamoorthy a/p Muniandy

telah menjalani PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) di SK Seksyen 2 Bandar Kinrara mulai 23 Mac 2009 hingga 3 April 2009 iaitu 2 minggu bagi memberi pengalaman dan pendedahan sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah. Pihak sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan terima kasih atas kerjasama Pn. Uma Dewi dan En. Krishnamoorthy membantu menceriakan bilik bimbingan dan kaunseling.

3 comments:

donat montel said...

Terdapat beberapa kesalahan ejaan yang dapat dikesan dalam tulisan di atas. Yang paling jelas adalah ejaan Melayu. Selain itu, penggunaan nama Institut juga kurang tepat kerana Institut bahasa Melayu Malaysia telah lama menggunakan nama Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia dan kini diubah pula kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa melayu. Harap pihak yang berkenaan dapat menerima teguran ini sebagai teguran yang membina.

Juliana BnK said...

Terima kasih atas teguran membina tersebut. Saya akan edit kesilapan tersebut.

donat montel said...

terima kasih kerana menerima teguran yang diberi....sama-sama kita menegur dan menerima..kalau ada masa lawatilah blog saya donatmontel.blogspot