Sunday, January 31, 2010

PENYAMPAIAN HADIAH BAGI BUKU PMD TERBAIK 2010






Pada 1 Februari 2010 (Isnin) telah disampaikan hadiah buku PMD terbaik 2010 untuk Program Maju Diri tahun ini. Pemilihan murid adalah berdasarkan buku PMD yang kemas, cantik dan kreatif semasa menjalankan aktiviti PMD yang lalu. Seramai 10 orang murid yang mendapat hadiah tersebut adalah :-
1. U. Thulassi Devi - 4 Windows
2. Nur Mazyunah bt. Nor Azman - 4 Windows
3. Nor Aza Farlesha Azaman - 4 Novell
4. Noor Sharnaeya bt. Halim - 4 Novell
5. Abdul Jalal - 5 Alfa
6. Mathunila - 5 Beta
7. Karmila bt. md Shamsul - 5 Lamda
8. Nor Syaza Syauqina - 5 Lamda
9. Nazatul Qudrina - 6 Ferum
10. Nabilah Syahirah - 6 Argentum

Tahniah bagi yang mendapat hadiah. Teruskan usaha murni ini.
Diharap pada tahun hadapan lebih ramai lagi mendapat hadiah Buku PMD Terbaik.

Sunday, January 24, 2010

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID TAHUN 5 DAN 6





Tarikh : 16 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Kantin Sekolah
Anjuran Bersama : Jawatankuasa Kecemerlangan Tahun 5 & 6, Unit Bimbingan & Kaunseling bersama PIBG.

Atur Cara Majlis :
1. Pendaftaran Ibu bapa/penjaga.
2. Bacaan Doa oleh Ustaz Izrain b. Ismail
3. Taklimat Guru Besar (Pn. Maimoon bt. Dusa)
4. Taklimat YDP PIBG (En. Hamlay b. Othman)
5. Taklimat Guru Mata Pelajaran
  • Bahasa Malaysia ~ Pn. Fauzihan bt. Kasbin
  • Bahasa Inggeris ~ Pn. Maanila a/p Apputhurai
  • Matematik ~ Cik Nurul Ashikin bt. Ayeob
  • Sains ~ Pn. Kausalya a/p Bangaroo

6.Hal-hal Lain

SK SEKSYEN 9 SHAH ALAM










Pada 14 Januari 2010 diadakan mesyuarat JK MGBK di SK Seksyen 9. Disamping mesyuarat inilah peluang untuk mengadakan perkongsian ilmu dengan guru bimbingan & kaunseling di sana iaitu Pn. Hamidah. Harapan agar bilik dan perkhidmatan bimbingan & kaunseling kita akan setanding dengan sekolah ini kelak.

Thursday, January 21, 2010

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA KELAS(PRS) & PENOLONG KETUA KELAS (PRS)







Tarikh : 18 Januari 2010 (Isnin)
Tempat : Tapak Perhimpunan Sekolah

Majlis ini diadakan bagi memperkenalkan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas & penolong ketua kelas. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah dilantik daripada ketua kelas dan penolong ketua kelas tahun 4,5 & 6.

Setiap PRS diberikan sebuah buku log PRS dalam majlis ini oleh Pn. Nafisah bt. Salleh (PK Hal Ehwal Murid). Semoga dengan perlantikan ini semua ahli PRS akan lebih berusaha untuk "membantu diri supaya dapat membantu orang lain."

Saturday, January 9, 2010

WAJAH UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING



















GURU BIMBINGAN & KAUNSELING :
1. Pn. Juliana bt. Wahid
(E-mel~cikgujuewahid@gmail.com/facebook :cikgu jue wahid)
2. Cik Azean bt. Othman

"TEKNIK BELAJAR CEMERLANG DI BILIK DARJAH"

Slot 1 : 7 Januari 2010 (9.40 ~ 10.40a.m.) Tahun 5
Slot 2 : 7 Januari 2010 ( 12.00 ~ 1.00 p.m.) Tahun 4
Slot 3 : 8 Januari 2010 ( 9.40 ~ 10.40 a.m.) Tahun 6

Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Penceramah : Slot 1 & 2 ~ Pn. Juliana bt Wahid
Slot 3 ~ Cik Azean bt Othman

Isi kandungan daripada ceramah tersebut ialah :

Murid yang hendak menjadi MURID CEMERLANG perlu ada :-
1.Sasaran - 5A dalam UPSR
2. Daya juang yang tinggi
3. Pengurusan Masa yang baik - Tidak membuang masa
4. Bersungguh-sungguh menyiapkan kerja - Tidak buat kerja melepas batuk di tangga.
5. Tabah menghadapi cabaran - Jangan cepat putus asa

10 Teknik Belajar Cemerlang di Bilik Darjah
1. Penuhkan KEHADIRAN anda di sekolah dan di kelas.
2. Pasrujab abda sentiasa SEGAR di sekolah.
3. Berikan TUMPUAN 100% di dalam kelas.
4. Pastikan anda BERTANYA jika TIDAK FAHAM.
5. Pastikan anda MENGHORMATI semua GURU.
6. Pastikan anda BEKERJASAMA dengan semua RAKAN di kelas.
7. Guna MASA LAPANG dengan BIJAK di sekolah.
8. Cari MASA LAPANG untuk buat KERJA RUMAH di sekolah.
9. Guna sepenuhnya KEMUDAHAN PUSAT SUMBER.
10.Banyakkan rasangan MOTIVASI dan jaga KEBERSIHAN dalam kela

Harap semua murid dapat bimbingan untuk menjadi murid yang CEMERLANG di sekolah.

"DISIPLIN CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG"

Tarikh : 7 ~ 8 Januari 2010
Terdapat slot untuk tahun 4,5 & 6
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Penceramah : Pn. Kausalya (Unit Disiplin)
Anjuran bersama : Unit Disiplin dan Unit B&K

Program ini dianjurkan untuk mengingatkan kembali peraturan-peraturan sekolah yang mesti dipatuhi oleh semua murid. Disamping itu Pn. Kaunsalya juga berharap agar semua peraturan tersebut dipatuhi dan jika tidak tindakan disiplin akan diambil. Selepas selesai ceramah murid berikrar untuk menjadi murid yang berdisiplin.

Diharap dengan adanya program ini dapat mencegah murid daripada melakukan kesalahan disiplin di sekolah.

PROGRAM MAJU DIRI

Program Maju Diri (PMD) dijalankan setiap tahun di sekolah. Pada tahun ini 2 program lain daripada Unit Disiplin & Ceramah Motivasi diselitkan di dalam PMD kerana tidak mahu mengganggu pengajaran dan pembelajaran jika di buat pada waktu yang lain.

Setiap murid dikehendaki menyediakan buku B&K untuk mencatat maklumat penting sepanjang aktiviti PMD berjalan, mencatat maklumat dalam program disipin dan ceramah motivasi. Buku B&K yang terbaik akan diberikan hadiah istimewa daripada Unit Bimbingan & Kaunseling....(mesti buat yang terbaik tau!)

Buku ini akan disimpan di bilik B&K setelah tamat PMD dan akan digunakan semula semasa aktiviti bimbingan kelas sepanjang tahun ini dan juga ketika sebarang ceramah yang dianjurkan olehUnit B&K.

Friday, January 8, 2010

HARI ORIENTASI TAHUN 1

Tarikh : 2 Januari 2010
Tempat : Tapak Perhimpunan Baru & Bilik Darjah Tahun 1

Program ini adakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid tahun 1 tentang sekolah. Berbagai ragam murid baru ini...maklumlah inilah kali pertama masuk ke sekolah rendah.

SELAMAT DATANG KE SK SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA...SAYANG!

Tuesday, January 5, 2010

TAHUN 2010

Tahun 2010 ini, Unit Bimbingan & Kaunseling SK Seksyen 2 Bandar Kinrara menerima seorang lagi guru B&K baru "posting" kali pertama di sini. Oleh itu guru bimbingan di sekolah ini adalah Pn. Juliana bt. Wahid dan Cik Azean bt. Othman. Harap semua murid, guru dan ibu bapa dapat menggunakan perkhidmatan Unit Bimbingan & Kaunseling yang ada di sekolah.

SELAMAT TAHUN BARU...MURIDKU ANAKKU PERMATAKU SAYANG !