Saturday, January 9, 2010

PROGRAM MAJU DIRI

Program Maju Diri (PMD) dijalankan setiap tahun di sekolah. Pada tahun ini 2 program lain daripada Unit Disiplin & Ceramah Motivasi diselitkan di dalam PMD kerana tidak mahu mengganggu pengajaran dan pembelajaran jika di buat pada waktu yang lain.

Setiap murid dikehendaki menyediakan buku B&K untuk mencatat maklumat penting sepanjang aktiviti PMD berjalan, mencatat maklumat dalam program disipin dan ceramah motivasi. Buku B&K yang terbaik akan diberikan hadiah istimewa daripada Unit Bimbingan & Kaunseling....(mesti buat yang terbaik tau!)

Buku ini akan disimpan di bilik B&K setelah tamat PMD dan akan digunakan semula semasa aktiviti bimbingan kelas sepanjang tahun ini dan juga ketika sebarang ceramah yang dianjurkan olehUnit B&K.

No comments: