Monday, February 22, 2010

Program Kebersihan Diri - 3K





Ceramah : Kebersihan Tangan Bersama Protex
Bidang : Peribadi
Perkembangan : Pencegahan
Tarikh : 22 Februari 2010 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan Baru
Sasaran: Semua murid tahun 1,2 & 3
Anjuran Bersama : Unit Bimbingan & Kaunseling bersama JK 3K

Program Kebersihan Tangan Bersama Protex ini dijalankan untuk membimbing murid tahap 1 mengenai cara-cara membersihkan tangan dengan betul. Ceramah ini telah disampaikan oleh Abang Hakimi telah disampaikan dengan begitu menarik sekali dengan berbagai aktiviti yang diselitkan sepanjang ceramah ini. Antaranya :-

1. Demontrasi murid memcuci tangan mengikut 7 langkah pencucian tangan yang betul.
2. Kuiz spontan mengenai kebersihan dan langkah pencucian tangan.
3. Murid menyiapkan benner kebersihan tangan.
4. Nyanyian lagu kebersihan tangan bersama Handy Otopus
5. Pemberian sabun Protex kepada semua murid tahun 1 & 2.

Murid kelihatan gembira dan seronok belajar cara-cara mencuci tangan dengan betul dengan aktiviti yang dijalankan oleh Protex...

Terima Kasih Protex!

Friday, February 5, 2010

SUDUT AKSES PPDa





Pada 6 Februari 2010 bermulanya gerak gempur sudut PPDa di tangga blok C. Cik Azean, Pn. Rashidah dan Pn. Juliana telah berusaha untuk mengemaskini dan mencantikkan sudut ini. Walau bagaimanapun masih ada bahagian yang belum siap sepenuhnya lagi. Diharap daripada masa ke semasa Sudut Akses PPDa ini dapat dipenuhi dengan hasil kerja murid dan info kesihatan tentang bahayanya najis dadah.

~ SKS2BK BENCI DADAH ~

Wednesday, February 3, 2010

IKRAR KECEMERLANGAN





Tahun ini ada satu aktiviti tambahan dijalankan di bilik darjah iaitu ikrar kecemerlangan. Ikrar ini perlu dibaca setiap hari pada waktu pertama oleh semua murid tahun 4, 5 & 6. Harapan unit bimbingan & kaunseling agar ikrar ini mengingatkan diri setiap murid supaya berusaha sedaya upaya untuk mencapai kecemerlangan di dalam UPSR untuk mendapat 5A.

Tuesday, February 2, 2010

KELAS BIMBINGAN





Kelas Bimbingan adalah kelas yang akan diambil oleh guru bimbingan jika guru mata pelajaran pergi berkursus atau bermesyuarat. KPM telah menyediakan modul kelas bimbingan untuk guru bimbingan & kaunseling supaya pengisian di dalam kelas ini terancang dan mencapai objektif bimbingan dan kaunseling.
Guru Bimbingan & Kaunseling yang terlibat :-
Tahun 1,2 & 3 - Pn. Juliana bt. Wahid
Tahun 4,5 & 6 - Cik Azean bt. Othman
Antara tajuk utama dalam modul ini adalah :-
1. Akademik
2. Kerjaya
3. Pendidikan Pencegahan Dadah


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS - AKADEMIK




Pada 2 Januari 2010 telah diadakan taklimat Program Kaunseling Berfokus bagi bidang akademik. Seramai 20 orang murid terlibat di dalam kumpulan cemerlang dan 20 orang murid lagi terlibat di dalam kumpulan Harapan Lulus (Halus).
Program Kaunseling Berfokus adalah program yang baru diperkenalkan di sekolah. KPM telah menyediakan modul khas bagi program ini. Terdapat 3 bidang utama bagi program ini iaitu bidang akademik, bidang disiplin dan Bidang Pendidikan Pencegahan Dadah.
Bagi setiap bidang, guru bimbingan & kaunseling perlu mengambil murid untuk menjalankan sesi kaunseling individu, kaunseling kelompok dan latihan dalam kumpulan. Guru bimbingan & kaunseling boleh mengambil murid ketika murid tersebut belajar dalam mata pelajaran muzik, pendidikan seni visual, kajian tempatan dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan.
Harapan program ini adalah untuk meningkatkan bilangan murid yang mendapat 5A iaitu 60 orang serta peratus lulus mata pelajaran iaitu 90.7% serta menurunkan masalah disiplin di sekolah.