Tuesday, February 2, 2010

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS - AKADEMIK




Pada 2 Januari 2010 telah diadakan taklimat Program Kaunseling Berfokus bagi bidang akademik. Seramai 20 orang murid terlibat di dalam kumpulan cemerlang dan 20 orang murid lagi terlibat di dalam kumpulan Harapan Lulus (Halus).
Program Kaunseling Berfokus adalah program yang baru diperkenalkan di sekolah. KPM telah menyediakan modul khas bagi program ini. Terdapat 3 bidang utama bagi program ini iaitu bidang akademik, bidang disiplin dan Bidang Pendidikan Pencegahan Dadah.
Bagi setiap bidang, guru bimbingan & kaunseling perlu mengambil murid untuk menjalankan sesi kaunseling individu, kaunseling kelompok dan latihan dalam kumpulan. Guru bimbingan & kaunseling boleh mengambil murid ketika murid tersebut belajar dalam mata pelajaran muzik, pendidikan seni visual, kajian tempatan dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan.
Harapan program ini adalah untuk meningkatkan bilangan murid yang mendapat 5A iaitu 60 orang serta peratus lulus mata pelajaran iaitu 90.7% serta menurunkan masalah disiplin di sekolah.

No comments: