Thursday, May 7, 2009

ADAKAH ANAK ANDA TERLALU TERTEKAN?

Walaupun ramai yang menganggap perasaan tertekan hanya dialami oleh orang dewasa, namun kanak-kanak juga boleh mengalaminya, dan kemungkinan besar anak anda juga turut mengalaminya.

Bukan semua tekanan tidak baik untuk kanak-kanak, tetapi sebagai ibu bapa di abad 21, anda perlu memahami tekanan yang dialami kanak-kanak serta memberi sokongan dari segi moral dan emosi kerana ia sebahagian daripada "Pekej Ibu Bapa".

Apakah "tekanan"?
Sesuatu yang dapat menimbulkan perasaan bimbang dan tertekan diklasifikasikan sebagai "tekanan". Tekanan dapat dibahagikan kepada 2 kategori iaitu tekanan positif dan tekanan negetif. Kedua-dua jenis tekanan ini adalah sebahagian daripada kehidupan manusia.

No comments: