Bulan HEM ini berpayungkan beberapa program dari unit-unit HEM yang disatukan di dalam program bulan HEM. Antara program tersebut adalah :-
1. Program 3K (Kesihatan, Keselamatan, Kebersihan)
2. Program Sekolah Selamat
3. Program Pemantapan Disiplin.
4. Program Sekolah Sihat
5. Program PPDa
6. Program Budi Bahasa Budaya Kita
7. Program SPBT
8. Program Kaunseling Kerjaya
9. Program Pembudayaan Nilai Berterima Kasih
10. Kempen Senyum
Antara Program dan Aktiviti Sepanjang Bulan HEM :-
- Ceramah dari polis untuk murid tahap 1 pada 8 April 2009 (7.30 pagi hingga 8.40 pagi)
- Pengedaran pemplet pertama yang di dalamnya mengandungi:-
- Maklumat tentang bahaya denggi
- Maklumat Bahaya Kebakaran
- Maklumat Kebersihan
- Maklumat Pemakanan Sihat
- Maklumat Disiplin
- Pengedaran Pemplet ke-2 yang di dalamnya mengandungi :-
- Maklumat Manual Sekolah Selamat
- Maklumat Keselamatan Diri
- Maklumat SPBT
- Maklumat Anti Dadah
- Maklumat nilai-nilai murni
- Pertandingan Mewarna bagi Pra dan Kelas Tahap 1 - 13 hingga 24 April 2009
- Pra Sekolah (gambar kebersihan)
- Tahun 1 (gambar gaya hidup sihat)
- Tahun 2 (gambar alam sekitar)
- Tahun 3 (gambar Anti Dadah)
- Pertandingan Melukis Poster bagi Tahap 2
- Tahun 4 (tajuk : Hulurkan Salam Maniskan Senyuman)
- Tahun 5 (tajuk : Sains dan Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara)
- Tahun 6 (tajuk: Dadah Bukan Mainan. Anda Cuba Anda Sengsara)
# Aktiviti ini perlu dijalankan pada masa PSV dan seorang pemenang akan dipilih bagi setiap kelas. Bagi kelas pra sekolah 2 pemenang akan dipilih dan begitu juga bagi kelas Intan.
- Kuiz anti dadah - 13 hingga 24 April 2009
- Melibatkan semua kelas dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Kuiz ini perlu dijalankan semasa waktu PJK ( waktu prosidar)
# Seorang pemenang akan dipilih dari setiap kelas.
- Pertandingan Personaliti Unggul - 20 hingga 30 April 2009
- Keunggulan murid adalah merangkumi kebersihan, sikap, penampilan diri, berperibadi baik dan rajin.Semua guru kelas mesti mencalonkan seorang murid bagi kelas masing-masing.
# Pemenang untuk kelas Pra - 2 orang
Pemenang untuk kelas Intan - 2 orang
Pemenang untuk tahap 1 - 5 orang
Pemenang untuk tahap 2 - 5 orang
- Pameran dari Agensi Anti Dadah Daerah Petaling, Polis Trafik, Pusat Kesihatan, MPSJ dan Penjara pada 22 April 2009
- "Fire Drill" dari pasukan Bomba Petaling Jaya pada 29 April 2009
- Ceramah Keselamatan Diri dari pegawai polis Puchong pada 29 April 2009 pada waktu aktiviti kokuriklum.
Diharap semua aktiviti ini dapat memberi kesan kepada seluruh warga SKS2BK terutamanya murid-murid sekolah ini.
No comments:
Post a Comment