Thursday, August 20, 2009

TIP MENHADAPI PEPERIKSAAN UPSR

PERSIAPAN SEBELUM PEPERIKSAAN UPSR
  • Kira "countdown". Tulis dengan jelas di meja belajar atau di ruang tamu.
  • Buat jadual waktu mengulangkaji.
  • Mahirkan tajuk-tajuk yang susah.
  • Baca seimbas lalu buku-buku untuk mengingat kembali pelajaran.
  • Buat banyak latihan dari soalan tahun-tahun lepas dan soalan dari negeri lain atau soalan ramalan.

SEMINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN

  • Ulangkaji dan baca nota-nota ringkas dan peta minda yang dibina.
  • Teruskan membuat lebih banyak latihan.
  • Tinggalkan melakukan kerja-kerja yang tidak ada kaitan terus dengan subjek peperiksaan seperti membaca majalah dan novel, menulis surat, menonton tv, membuang masa dengan santai, melakukan aktiviti hobi dan sebagainya.

SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN

  • Berehatlah sedikit, jangan sampai tertekan perasaan.
  • Tidur awal dan bangan awal.
  • Tenang dan rehatkan fikiran.
  • Banyak berdoa kepada Tuhan.
  • Ulang nota ringkas atau peta minda secara seimbas lalu.
  • Sediakan peralatan tulis da lain-lain dengan sempurna dan mencukupi.

MELANGKAH MASUK KE DEWAN PEPERIKSAAN

  • Yakin pada diri sendiri.
  • Tanamkan keyakinan "Boleh".
  • Jangan panik dan takut.
  • Ingat yang kita telah berusaha, sekarang masanya untuk bertawakal.
  • Membaca ayat al-Quran dan selawat.
  • Bermunajat terakhir meminta dibukakan hati oleh Tuhan.

KETIKA MENJAWAB KERTAS UPSR

  • Jawab soalan yang senang dahulu.
  • Jawab dengan tenang.
  • Ingat semuala apa yang telah dipelajari.
  • Tinggal soalan yang sudah dan cuba menjawabnya kemudian.
  • Jangan sampai terlupa soalan yang ditinggalkan.
  • Mesti menjawab semua soalan.
  • Gunakan masa yang berbaki untuk menyemak jawapan.
  • Semak seberapa banyak kali yang boleh.
  • Jangan berhenti selagi belum tamat masa menjawab.
  • Jangan sekali-kali meniru.

Diambil daripada "TEKNIK BELAJAR BERKESAN" Nur Amalina bt. Che Bakri.

Harap semua calon UPSR mendapat manafaat daripada bahan ini.

Monday, August 17, 2009

MENGULANGKAJI DI RUMAH BAGI CALON UPSR

Semua calon UPSR perlu mengulangkaji pelajaran terutama dalam cuti yang diberi oleh sekolah (17/8/09 hingga 24/8/09) dan disambung dengan cuti sekolah. Panjang cuti tersebut sedangkan tidak ada kelas tambahan akan dijalankan dalam tempoh tersebut.

Diharap semua calon UPSR dapat mengambil maklumat yang akan diberikan ini untuk memberi garis panduan mengulangkaji di rumah.

FUNGSI ULANGKAJI
  • Memantapkian ingatan.
  • Mengukuhkan kefahaman.
  • Menambahkan keyakinan.
  • Memberi latih tubi kepada minda.
  • Memenuhi aktiviti belajar dengan aktif.

KAEDAH ULANGKAJI YANG BERKESAN

  • Siapkan semua buku kerja dan latihan yang diberi oleh guru.
  • Buat latihan tersebut dengan cepat dan jangan bermalas-malas.
  • Banyak buat latihan.
  • Ulangkaji kertas soalan/peperikasaan yang telah diberi oleh guru. Semak dan kaji jika salah cari jawapannya.
  • Guna masa"prime time" untuk mengulangkaji pelajaran yang susah.
  • Gerakerja yang aktif dilakukan apabila telah lebih belajar.

GERAKERJA AKTIF KETIKA MENGULANGKAJI

  • Membaca dengan kuat, tetapi jangan sampai mengganggu adik beradik yang lain.
  • Mendapatkan bahan dari sumber ICT seperti VCD atau Internet.
  • Pindahkan bahan ulangkaji dari teks kepada bentuk gambarajah (mind maping), lukisan, jadual atau carta aliran.
  • Bahan pelajaran tersebut boleh dijadikan poster dan tampal di dinding.
  • Senantiasa tengok poster tersebut untuk proses mengingat.

PRAKTIKKAN TEKNIK-TEKNIK ULANGKAJI BERIKUT :-

1. Baca buku atau nota

  • Nota yang dibaca jangan terlalu panjang.
  • Hadkan kepada perkara yang mampu kami ingat sahaja.

2. Fahami apa yang dibaca

  • Jika tidak faham nota yang dibaca, ulangi hingga faham.
  • Jika perlu, ulangi hingga beberapa kali tajuk yang sama tetapi dalam buku rujukan yang berlainan pula.

3. Tutup buku

  • Ingat semula apa yang kamu baca dan faham daripada pembacaan.
  • Bina soalan tentang perkara yang kamu baca, kemudian jawab.
  • Jika tidak ingat dan tidak dapat menjawab, buka semua buku dan ulangkaji pembacaan tersebut semula.

4. Baca semula nota mengikut teknik-teknik di atas sebelum membaca nota seterusnya.

Harap maklumat ini dapat membantu semua calon UPSR untuk mengulangkaji di rumah pada waktu ini.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS DI TUNDA

Adalah dimaklumkan lawatan sambil belajar ke Petrosains anjuran Kelab Pembimbing Rakan Sebaya yang sepatutnya dijalankan pada 19 Ogos 2009 (Rabu) ini telah ditunda satu tarikh yang lain. Diharap ibu bapa dan murid yang telah terpilih untuk pergi ke Petrosains tidak merasa risau memandangkan bayaran untuk lawatan ini telahpun dibuat.