Monday, August 17, 2009

MENGULANGKAJI DI RUMAH BAGI CALON UPSR

Semua calon UPSR perlu mengulangkaji pelajaran terutama dalam cuti yang diberi oleh sekolah (17/8/09 hingga 24/8/09) dan disambung dengan cuti sekolah. Panjang cuti tersebut sedangkan tidak ada kelas tambahan akan dijalankan dalam tempoh tersebut.

Diharap semua calon UPSR dapat mengambil maklumat yang akan diberikan ini untuk memberi garis panduan mengulangkaji di rumah.

FUNGSI ULANGKAJI
  • Memantapkian ingatan.
  • Mengukuhkan kefahaman.
  • Menambahkan keyakinan.
  • Memberi latih tubi kepada minda.
  • Memenuhi aktiviti belajar dengan aktif.

KAEDAH ULANGKAJI YANG BERKESAN

  • Siapkan semua buku kerja dan latihan yang diberi oleh guru.
  • Buat latihan tersebut dengan cepat dan jangan bermalas-malas.
  • Banyak buat latihan.
  • Ulangkaji kertas soalan/peperikasaan yang telah diberi oleh guru. Semak dan kaji jika salah cari jawapannya.
  • Guna masa"prime time" untuk mengulangkaji pelajaran yang susah.
  • Gerakerja yang aktif dilakukan apabila telah lebih belajar.

GERAKERJA AKTIF KETIKA MENGULANGKAJI

  • Membaca dengan kuat, tetapi jangan sampai mengganggu adik beradik yang lain.
  • Mendapatkan bahan dari sumber ICT seperti VCD atau Internet.
  • Pindahkan bahan ulangkaji dari teks kepada bentuk gambarajah (mind maping), lukisan, jadual atau carta aliran.
  • Bahan pelajaran tersebut boleh dijadikan poster dan tampal di dinding.
  • Senantiasa tengok poster tersebut untuk proses mengingat.

PRAKTIKKAN TEKNIK-TEKNIK ULANGKAJI BERIKUT :-

1. Baca buku atau nota

  • Nota yang dibaca jangan terlalu panjang.
  • Hadkan kepada perkara yang mampu kami ingat sahaja.

2. Fahami apa yang dibaca

  • Jika tidak faham nota yang dibaca, ulangi hingga faham.
  • Jika perlu, ulangi hingga beberapa kali tajuk yang sama tetapi dalam buku rujukan yang berlainan pula.

3. Tutup buku

  • Ingat semula apa yang kamu baca dan faham daripada pembacaan.
  • Bina soalan tentang perkara yang kamu baca, kemudian jawab.
  • Jika tidak ingat dan tidak dapat menjawab, buka semua buku dan ulangkaji pembacaan tersebut semula.

4. Baca semula nota mengikut teknik-teknik di atas sebelum membaca nota seterusnya.

Harap maklumat ini dapat membantu semua calon UPSR untuk mengulangkaji di rumah pada waktu ini.

No comments: