- Kira "countdown". Tulis dengan jelas di meja belajar atau di ruang tamu.
- Buat jadual waktu mengulangkaji.
- Mahirkan tajuk-tajuk yang susah.
- Baca seimbas lalu buku-buku untuk mengingat kembali pelajaran.
- Buat banyak latihan dari soalan tahun-tahun lepas dan soalan dari negeri lain atau soalan ramalan.
SEMINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN
- Ulangkaji dan baca nota-nota ringkas dan peta minda yang dibina.
- Teruskan membuat lebih banyak latihan.
- Tinggalkan melakukan kerja-kerja yang tidak ada kaitan terus dengan subjek peperiksaan seperti membaca majalah dan novel, menulis surat, menonton tv, membuang masa dengan santai, melakukan aktiviti hobi dan sebagainya.
SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN
- Berehatlah sedikit, jangan sampai tertekan perasaan.
- Tidur awal dan bangan awal.
- Tenang dan rehatkan fikiran.
- Banyak berdoa kepada Tuhan.
- Ulang nota ringkas atau peta minda secara seimbas lalu.
- Sediakan peralatan tulis da lain-lain dengan sempurna dan mencukupi.
MELANGKAH MASUK KE DEWAN PEPERIKSAAN
- Yakin pada diri sendiri.
- Tanamkan keyakinan "Boleh".
- Jangan panik dan takut.
- Ingat yang kita telah berusaha, sekarang masanya untuk bertawakal.
- Membaca ayat al-Quran dan selawat.
- Bermunajat terakhir meminta dibukakan hati oleh Tuhan.
KETIKA MENJAWAB KERTAS UPSR
- Jawab soalan yang senang dahulu.
- Jawab dengan tenang.
- Ingat semuala apa yang telah dipelajari.
- Tinggal soalan yang sudah dan cuba menjawabnya kemudian.
- Jangan sampai terlupa soalan yang ditinggalkan.
- Mesti menjawab semua soalan.
- Gunakan masa yang berbaki untuk menyemak jawapan.
- Semak seberapa banyak kali yang boleh.
- Jangan berhenti selagi belum tamat masa menjawab.
- Jangan sekali-kali meniru.
Diambil daripada "TEKNIK BELAJAR BERKESAN" Nur Amalina bt. Che Bakri.
Harap semua calon UPSR mendapat manafaat daripada bahan ini.
No comments:
Post a Comment