Showing posts with label Akademik. Show all posts
Showing posts with label Akademik. Show all posts

Tuesday, February 2, 2010

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS - AKADEMIK




Pada 2 Januari 2010 telah diadakan taklimat Program Kaunseling Berfokus bagi bidang akademik. Seramai 20 orang murid terlibat di dalam kumpulan cemerlang dan 20 orang murid lagi terlibat di dalam kumpulan Harapan Lulus (Halus).
Program Kaunseling Berfokus adalah program yang baru diperkenalkan di sekolah. KPM telah menyediakan modul khas bagi program ini. Terdapat 3 bidang utama bagi program ini iaitu bidang akademik, bidang disiplin dan Bidang Pendidikan Pencegahan Dadah.
Bagi setiap bidang, guru bimbingan & kaunseling perlu mengambil murid untuk menjalankan sesi kaunseling individu, kaunseling kelompok dan latihan dalam kumpulan. Guru bimbingan & kaunseling boleh mengambil murid ketika murid tersebut belajar dalam mata pelajaran muzik, pendidikan seni visual, kajian tempatan dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan.
Harapan program ini adalah untuk meningkatkan bilangan murid yang mendapat 5A iaitu 60 orang serta peratus lulus mata pelajaran iaitu 90.7% serta menurunkan masalah disiplin di sekolah.

Saturday, January 9, 2010

"TEKNIK BELAJAR CEMERLANG DI BILIK DARJAH"

Slot 1 : 7 Januari 2010 (9.40 ~ 10.40a.m.) Tahun 5
Slot 2 : 7 Januari 2010 ( 12.00 ~ 1.00 p.m.) Tahun 4
Slot 3 : 8 Januari 2010 ( 9.40 ~ 10.40 a.m.) Tahun 6

Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Penceramah : Slot 1 & 2 ~ Pn. Juliana bt Wahid
Slot 3 ~ Cik Azean bt Othman

Isi kandungan daripada ceramah tersebut ialah :

Murid yang hendak menjadi MURID CEMERLANG perlu ada :-
1.Sasaran - 5A dalam UPSR
2. Daya juang yang tinggi
3. Pengurusan Masa yang baik - Tidak membuang masa
4. Bersungguh-sungguh menyiapkan kerja - Tidak buat kerja melepas batuk di tangga.
5. Tabah menghadapi cabaran - Jangan cepat putus asa

10 Teknik Belajar Cemerlang di Bilik Darjah
1. Penuhkan KEHADIRAN anda di sekolah dan di kelas.
2. Pasrujab abda sentiasa SEGAR di sekolah.
3. Berikan TUMPUAN 100% di dalam kelas.
4. Pastikan anda BERTANYA jika TIDAK FAHAM.
5. Pastikan anda MENGHORMATI semua GURU.
6. Pastikan anda BEKERJASAMA dengan semua RAKAN di kelas.
7. Guna MASA LAPANG dengan BIJAK di sekolah.
8. Cari MASA LAPANG untuk buat KERJA RUMAH di sekolah.
9. Guna sepenuhnya KEMUDAHAN PUSAT SUMBER.
10.Banyakkan rasangan MOTIVASI dan jaga KEBERSIHAN dalam kela

Harap semua murid dapat bimbingan untuk menjadi murid yang CEMERLANG di sekolah.