Showing posts with label PMD. Show all posts
Showing posts with label PMD. Show all posts

Sunday, January 31, 2010

PENYAMPAIAN HADIAH BAGI BUKU PMD TERBAIK 2010






Pada 1 Februari 2010 (Isnin) telah disampaikan hadiah buku PMD terbaik 2010 untuk Program Maju Diri tahun ini. Pemilihan murid adalah berdasarkan buku PMD yang kemas, cantik dan kreatif semasa menjalankan aktiviti PMD yang lalu. Seramai 10 orang murid yang mendapat hadiah tersebut adalah :-
1. U. Thulassi Devi - 4 Windows
2. Nur Mazyunah bt. Nor Azman - 4 Windows
3. Nor Aza Farlesha Azaman - 4 Novell
4. Noor Sharnaeya bt. Halim - 4 Novell
5. Abdul Jalal - 5 Alfa
6. Mathunila - 5 Beta
7. Karmila bt. md Shamsul - 5 Lamda
8. Nor Syaza Syauqina - 5 Lamda
9. Nazatul Qudrina - 6 Ferum
10. Nabilah Syahirah - 6 Argentum

Tahniah bagi yang mendapat hadiah. Teruskan usaha murni ini.
Diharap pada tahun hadapan lebih ramai lagi mendapat hadiah Buku PMD Terbaik.

Saturday, January 10, 2009

PROGRAM MAJU DIRI - PMD
















Program Maju Diri dijalankan pada 5 Januari 2009 hingga 7 Januari 2009 iaitu selama 3 hari yang membabitkan murid tahun 4,5,dan 6. Berbagai program telah disusun di dalam modul PMD ini termasuklah motivasi, suaimesra, kemahiran mengurus diri, kemahiran belajar, dan kerjaya. Guru telah diberi taklimat untuk program PMD pada 30 Disember oleh Pn. Juliana Wahid. Semua murid tahap 2 ini mesti menyediakan buku B&K untuk mencatat maklumat dan aktiviti PMD dan buku ini akan digunakan sepanjang tahun ini apabila guru bimbingan masuk ke kelas untuk Bimbingan Kelas dan program motivasi. Semua buku-buku ini akan disimpan oleh guru bimbingan di bilik Bimbingan dan Kaunseling. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan semua guru yang mengajar kelas tahap 2 ini yang menjadi tulang belakang untuk memastikan semua aktiviti yang dirangka dapat berjalan seperti yang diharapkan.