Showing posts with label Program Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Program Motivasi. Show all posts

Wednesday, April 1, 2009

SANTAPAN MOTIVASI PAGI - TAHUN 6






Pada pukul 7.45 pagi, murid Tahun 6 berkumpul di tapak perhimpunan. En. Sukimin menyampaikan beberapa nasihat dan pesanan untuk meningkatkan lagi prestasi murid menjelang UPSR. Murid diingatkan tidak membuang masa dan sentiasa membuat latihan. Murid perlu meningkatkan harga diri dengan ilmu-ilmu yang dipelajari supaya sasaran 60 pelajar mendapat 5A tercapai. Pn. Rathi juga mengingatkan pelajar tahun 6 supaya hadir kelas tambahan kerana kehadiran semakin merosot. Pn. Juliana juga mengingatkan murid mengenai Program Mentor-mentee yang telah bermula bulan Februari supaya terus berjalan. Setiap kumpulan perlu berjumpa guru mata pelajaran teras jika terdapat masalah dalam pelajaran teras tersebut. Ahli kumpulan juga boleh berjumpa dengan Pn. Juliana atau Cik Marlina jika ada
sebarang kemusykilan tentang Program Mentor-mentee.

Friday, March 6, 2009

Ceramah Motivasi - Otak Saya Memang Hebat!

Pada 5 Mac 2009, JK Tahun 6 bersama Unit Bimbingan & Kaunseling telah menjemput En. Kamil b. Idris iaitu seorang penceramah motivasi untuk memberi motivasi tentang kehebatan otak pelajar tahun 6. Sasaran program ini adalah untuk pelajar tahun 6. Ceramah ini diadakan di Pusat Sumber dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang. En. Kamil Idris ini telah dibantu oleh rakan beliau iaitu En. Syaharuddin b. Syahari. Melalui program ini, pelajar tahun 6 dapat mengetahui tentang kehebatan otak mereka dan mereka tidak akan memandang rendah pada diri sendiri.....pastinya diharap mereka yakin untuk mendapat 5A pada tahun ini. Jika ada guru bimbingan lain yang berminat bolehlah menghubungi En. Kamil Idris di 016-3760178. Terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan pihak sekolah.

Ceramah Motivasi - Pecutan Awal UPSR

Pada 23 Februari 2009 satu ceramah motivasi yang dianjurkan oleh JK Tahun 6 bersama Unit Bimbingan & Kaunseling telah diadakan di Pusat Sumber sekolah. Sasarannya adalah untuk semua murid tahun enam. Ceramah ini telah dicadangkan oleh salah seorang AJK PIBG iaitu Pn. Manjit Kaur. Penceramah dalam program ini adalah En. Ahamad Badrul Sani b. Baharudin dari Speak Out Training & Management Services (ahmadbadrulsani@yahoo.com). Ceramah ini berjalan dari pukul 11.00 pagi hingga 1.30 petang....walaupun sepatutnya hingga pukul 1.00 petang. Ini disebabkan oleh menariknya aktiviti yang telah dijalankan. Jika ada guru bimbingan lain yang berminat bolehlah menghubungi En. Badrul Sani di 012-4123305 atau melalui emelnya. Terima kasih kepada En. Badrul Sani yang sudi bekerjasama dengan sekolah kami.