Showing posts with label Tahun 6. Show all posts
Showing posts with label Tahun 6. Show all posts

Friday, March 5, 2010

Ceramah Motivasi Kerohanian





Satu ceramah motivasi telah diadakan pada 25 Februari 2010 (Khamis) telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah yang dihadiri oleh murid tahun 6 sebagai usaha untuk mengegarkan motivasi kerohanian diri murid. Ceramah ini telah disampaikan oleh En. Nahrawi bt. Marzoki pada pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.

Diharap dengan ceramah pertama ini dapat memberi kesedaran diri kepada murid tahun 6 supaya bersedia fizikal dan mental untuk bertarung bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR yang akan mereka hadapi nanti.

PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 5 & 6




Program Mentor Mentee telah dilancarkan pada 8 Februari 2010 (Isnin). Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn. Maimoon bt Dusa (Guru Besar) pada hari tersebut dan pemberian set buku mentor mentee telah diserahkan oleh guru besar kepada semua guru kelas yang terlibat.

Selepas itu, guru kelas akan memberikan kepada setiap kumpulan mentor mentee yang ada dikelas masing-masing. Murid akan membacakan ikrar mentor mentee. Penerangan mengenai program ini telah diberi oleh guru kelas kepada semua murid agar aktiviti yang berkaitan dengan program ini dapat berjalan dengan jayanya.

Wednesday, February 3, 2010

IKRAR KECEMERLANGAN





Tahun ini ada satu aktiviti tambahan dijalankan di bilik darjah iaitu ikrar kecemerlangan. Ikrar ini perlu dibaca setiap hari pada waktu pertama oleh semua murid tahun 4, 5 & 6. Harapan unit bimbingan & kaunseling agar ikrar ini mengingatkan diri setiap murid supaya berusaha sedaya upaya untuk mencapai kecemerlangan di dalam UPSR untuk mendapat 5A.

Sunday, January 24, 2010

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID TAHUN 5 DAN 6





Tarikh : 16 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Kantin Sekolah
Anjuran Bersama : Jawatankuasa Kecemerlangan Tahun 5 & 6, Unit Bimbingan & Kaunseling bersama PIBG.

Atur Cara Majlis :
1. Pendaftaran Ibu bapa/penjaga.
2. Bacaan Doa oleh Ustaz Izrain b. Ismail
3. Taklimat Guru Besar (Pn. Maimoon bt. Dusa)
4. Taklimat YDP PIBG (En. Hamlay b. Othman)
5. Taklimat Guru Mata Pelajaran
  • Bahasa Malaysia ~ Pn. Fauzihan bt. Kasbin
  • Bahasa Inggeris ~ Pn. Maanila a/p Apputhurai
  • Matematik ~ Cik Nurul Ashikin bt. Ayeob
  • Sains ~ Pn. Kausalya a/p Bangaroo

6.Hal-hal Lain

Thursday, August 20, 2009

TIP MENHADAPI PEPERIKSAAN UPSR

PERSIAPAN SEBELUM PEPERIKSAAN UPSR
  • Kira "countdown". Tulis dengan jelas di meja belajar atau di ruang tamu.
  • Buat jadual waktu mengulangkaji.
  • Mahirkan tajuk-tajuk yang susah.
  • Baca seimbas lalu buku-buku untuk mengingat kembali pelajaran.
  • Buat banyak latihan dari soalan tahun-tahun lepas dan soalan dari negeri lain atau soalan ramalan.

SEMINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN

  • Ulangkaji dan baca nota-nota ringkas dan peta minda yang dibina.
  • Teruskan membuat lebih banyak latihan.
  • Tinggalkan melakukan kerja-kerja yang tidak ada kaitan terus dengan subjek peperiksaan seperti membaca majalah dan novel, menulis surat, menonton tv, membuang masa dengan santai, melakukan aktiviti hobi dan sebagainya.

SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN

  • Berehatlah sedikit, jangan sampai tertekan perasaan.
  • Tidur awal dan bangan awal.
  • Tenang dan rehatkan fikiran.
  • Banyak berdoa kepada Tuhan.
  • Ulang nota ringkas atau peta minda secara seimbas lalu.
  • Sediakan peralatan tulis da lain-lain dengan sempurna dan mencukupi.

MELANGKAH MASUK KE DEWAN PEPERIKSAAN

  • Yakin pada diri sendiri.
  • Tanamkan keyakinan "Boleh".
  • Jangan panik dan takut.
  • Ingat yang kita telah berusaha, sekarang masanya untuk bertawakal.
  • Membaca ayat al-Quran dan selawat.
  • Bermunajat terakhir meminta dibukakan hati oleh Tuhan.

KETIKA MENJAWAB KERTAS UPSR

  • Jawab soalan yang senang dahulu.
  • Jawab dengan tenang.
  • Ingat semuala apa yang telah dipelajari.
  • Tinggal soalan yang sudah dan cuba menjawabnya kemudian.
  • Jangan sampai terlupa soalan yang ditinggalkan.
  • Mesti menjawab semua soalan.
  • Gunakan masa yang berbaki untuk menyemak jawapan.
  • Semak seberapa banyak kali yang boleh.
  • Jangan berhenti selagi belum tamat masa menjawab.
  • Jangan sekali-kali meniru.

Diambil daripada "TEKNIK BELAJAR BERKESAN" Nur Amalina bt. Che Bakri.

Harap semua calon UPSR mendapat manafaat daripada bahan ini.

Tuesday, April 21, 2009

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 - KEMAHIRAN BELAJAR MELALUI PETA MINDA

Satu program motivasi kemahiran belajar melalui peta minda telah dijalankan pada 21 April 2009 dari 8.00 pagi hinga 2 petang yang telah dikendalikan oleh Pn. Susan Thomas dari Universiti Monash. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan dan merangsang otak kiri dan kanan pelajar dengan mengunakan peta minda. Pelajar juga perlu menghasilkan peta minda dalam kumpulan.

Wednesday, April 1, 2009

SANTAPAN MOTIVASI PAGI - TAHUN 6






Pada pukul 7.45 pagi, murid Tahun 6 berkumpul di tapak perhimpunan. En. Sukimin menyampaikan beberapa nasihat dan pesanan untuk meningkatkan lagi prestasi murid menjelang UPSR. Murid diingatkan tidak membuang masa dan sentiasa membuat latihan. Murid perlu meningkatkan harga diri dengan ilmu-ilmu yang dipelajari supaya sasaran 60 pelajar mendapat 5A tercapai. Pn. Rathi juga mengingatkan pelajar tahun 6 supaya hadir kelas tambahan kerana kehadiran semakin merosot. Pn. Juliana juga mengingatkan murid mengenai Program Mentor-mentee yang telah bermula bulan Februari supaya terus berjalan. Setiap kumpulan perlu berjumpa guru mata pelajaran teras jika terdapat masalah dalam pelajaran teras tersebut. Ahli kumpulan juga boleh berjumpa dengan Pn. Juliana atau Cik Marlina jika ada
sebarang kemusykilan tentang Program Mentor-mentee.

Friday, March 6, 2009

Ceramah Motivasi - Otak Saya Memang Hebat!

Pada 5 Mac 2009, JK Tahun 6 bersama Unit Bimbingan & Kaunseling telah menjemput En. Kamil b. Idris iaitu seorang penceramah motivasi untuk memberi motivasi tentang kehebatan otak pelajar tahun 6. Sasaran program ini adalah untuk pelajar tahun 6. Ceramah ini diadakan di Pusat Sumber dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang. En. Kamil Idris ini telah dibantu oleh rakan beliau iaitu En. Syaharuddin b. Syahari. Melalui program ini, pelajar tahun 6 dapat mengetahui tentang kehebatan otak mereka dan mereka tidak akan memandang rendah pada diri sendiri.....pastinya diharap mereka yakin untuk mendapat 5A pada tahun ini. Jika ada guru bimbingan lain yang berminat bolehlah menghubungi En. Kamil Idris di 016-3760178. Terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan pihak sekolah.

Ceramah Motivasi - Pecutan Awal UPSR

Pada 23 Februari 2009 satu ceramah motivasi yang dianjurkan oleh JK Tahun 6 bersama Unit Bimbingan & Kaunseling telah diadakan di Pusat Sumber sekolah. Sasarannya adalah untuk semua murid tahun enam. Ceramah ini telah dicadangkan oleh salah seorang AJK PIBG iaitu Pn. Manjit Kaur. Penceramah dalam program ini adalah En. Ahamad Badrul Sani b. Baharudin dari Speak Out Training & Management Services (ahmadbadrulsani@yahoo.com). Ceramah ini berjalan dari pukul 11.00 pagi hingga 1.30 petang....walaupun sepatutnya hingga pukul 1.00 petang. Ini disebabkan oleh menariknya aktiviti yang telah dijalankan. Jika ada guru bimbingan lain yang berminat bolehlah menghubungi En. Badrul Sani di 012-4123305 atau melalui emelnya. Terima kasih kepada En. Badrul Sani yang sudi bekerjasama dengan sekolah kami.