Showing posts with label HEM. Show all posts
Showing posts with label HEM. Show all posts

Monday, February 22, 2010

Program Kebersihan Diri - 3K





Ceramah : Kebersihan Tangan Bersama Protex
Bidang : Peribadi
Perkembangan : Pencegahan
Tarikh : 22 Februari 2010 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan Baru
Sasaran: Semua murid tahun 1,2 & 3
Anjuran Bersama : Unit Bimbingan & Kaunseling bersama JK 3K

Program Kebersihan Tangan Bersama Protex ini dijalankan untuk membimbing murid tahap 1 mengenai cara-cara membersihkan tangan dengan betul. Ceramah ini telah disampaikan oleh Abang Hakimi telah disampaikan dengan begitu menarik sekali dengan berbagai aktiviti yang diselitkan sepanjang ceramah ini. Antaranya :-

1. Demontrasi murid memcuci tangan mengikut 7 langkah pencucian tangan yang betul.
2. Kuiz spontan mengenai kebersihan dan langkah pencucian tangan.
3. Murid menyiapkan benner kebersihan tangan.
4. Nyanyian lagu kebersihan tangan bersama Handy Otopus
5. Pemberian sabun Protex kepada semua murid tahun 1 & 2.

Murid kelihatan gembira dan seronok belajar cara-cara mencuci tangan dengan betul dengan aktiviti yang dijalankan oleh Protex...

Terima Kasih Protex!

Saturday, January 9, 2010

"DISIPLIN CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG"

Tarikh : 7 ~ 8 Januari 2010
Terdapat slot untuk tahun 4,5 & 6
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Penceramah : Pn. Kausalya (Unit Disiplin)
Anjuran bersama : Unit Disiplin dan Unit B&K

Program ini dianjurkan untuk mengingatkan kembali peraturan-peraturan sekolah yang mesti dipatuhi oleh semua murid. Disamping itu Pn. Kaunsalya juga berharap agar semua peraturan tersebut dipatuhi dan jika tidak tindakan disiplin akan diambil. Selepas selesai ceramah murid berikrar untuk menjadi murid yang berdisiplin.

Diharap dengan adanya program ini dapat mencegah murid daripada melakukan kesalahan disiplin di sekolah.

PROGRAM MAJU DIRI

Program Maju Diri (PMD) dijalankan setiap tahun di sekolah. Pada tahun ini 2 program lain daripada Unit Disiplin & Ceramah Motivasi diselitkan di dalam PMD kerana tidak mahu mengganggu pengajaran dan pembelajaran jika di buat pada waktu yang lain.

Setiap murid dikehendaki menyediakan buku B&K untuk mencatat maklumat penting sepanjang aktiviti PMD berjalan, mencatat maklumat dalam program disipin dan ceramah motivasi. Buku B&K yang terbaik akan diberikan hadiah istimewa daripada Unit Bimbingan & Kaunseling....(mesti buat yang terbaik tau!)

Buku ini akan disimpan di bilik B&K setelah tamat PMD dan akan digunakan semula semasa aktiviti bimbingan kelas sepanjang tahun ini dan juga ketika sebarang ceramah yang dianjurkan olehUnit B&K.

Friday, January 8, 2010

HARI ORIENTASI TAHUN 1

Tarikh : 2 Januari 2010
Tempat : Tapak Perhimpunan Baru & Bilik Darjah Tahun 1

Program ini adakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid tahun 1 tentang sekolah. Berbagai ragam murid baru ini...maklumlah inilah kali pertama masuk ke sekolah rendah.

SELAMAT DATANG KE SK SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA...SAYANG!

Friday, January 30, 2009

TAKLIMAT 3K

Pada 15 Januari 2009 diadakan taklimat tentang aktiviti dan program 3K (Kesihatan, Keselamatan, Kesihatan) yang dipengerusikan oleh Pn. Nafisah Salleh (PK HEM). Semua unit yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan 3K menghadiri taklimat awal 3K termasuklah unit bimbingan & kaunseling, unit kantin dan unit disiplin. Tujuan taklimat awal ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang pentingnya 3K dan persediaan program 3K bagi sekolah untuk tahun 2009. Antaranya, akan diadakan bulan 3K iaitu pada bulan April dan program 3K yang akan dijalankan pada bulan April dan program-program lain yang wajib dijalankan secara berkala oleh unit-unit di bawah 3K. Diharap melalui program 3K ini dapat memberi banyak manafat kepada seluruh warga SKS2BK.

Saturday, January 10, 2009

PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1











Pada 2 Januari 2009 adalah merupakan tarikh berlangsungnya program ini yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Murid. Unit Bimbingan dan Kaunseling membantu PK HEM iaitu Pn. Nafisah untuk menjayakan program ini. Program ini telah berjaya dijalankan dengan lancar walaupun hujan turun rintik-rintik dan memaksa lokasi perjumpaan dengan murid tahun 1 dan ibu bapa di tapak perhimpunan ditukarkan ke dewan sekolah. Syabas kepada semua guru yang membantu menjayakan program ini.