Showing posts with label JK Tahun 6. Show all posts
Showing posts with label JK Tahun 6. Show all posts

Monday, April 26, 2010

CERAMAH MOTIVASI TAHAP 2







3 slot ceramah motivasi untuk tahun 4,5 dan 6 telah diadakan mengikut ketetapan berikut :-

Slot 1 : Pecutan Awal UPSR
Tarikh : 21 April 2010 (Rabu)
Masa :8.30 pagi hingga 10.30 pagi
Sasaran : Semua murid tahun 6

Slot 2 : Persediaan Awal UPSR
Tarikh : 22 April 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
Sasaran : Semua murid tahun 5

Slot 3 : Jelajah Pembicara Gemilang
Tarikh : 22 April 2010 (Rabu)
Masa : 11.15 pagi hingga 1.15 petang
Sasaran : Semua murid tahun 4

Ceramah tersebut telah disampai oleh En. Ahmad Barul Sani b. Baharudin ( 012 4123305 / 012 4636461 ). Program ini adalah anjuran bersama PIBG dengan Unit Bimbingan & Kaunseling. Harap semua murid memdapat bimbingan dan kesedaran untuk menjadi "Briliant Student".

Tuesday, April 21, 2009

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 - KEMAHIRAN BELAJAR MELALUI PETA MINDA

Satu program motivasi kemahiran belajar melalui peta minda telah dijalankan pada 21 April 2009 dari 8.00 pagi hinga 2 petang yang telah dikendalikan oleh Pn. Susan Thomas dari Universiti Monash. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan dan merangsang otak kiri dan kanan pelajar dengan mengunakan peta minda. Pelajar juga perlu menghasilkan peta minda dalam kumpulan.

Friday, January 30, 2009

MAJLIS PERMUAFAKATAN TAHUN 6

Pada 31 Januari 2009 telah diadakan Majlis Permuafakatan Tahun 6 pada pukul 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa dan pelajar tentang aktiviti tahun 6, perbelanjaan yang terlibat dan selain daripada itu juga memberi motivasi kepada pelajar yang hadir. Penerangan tentang sasaran UPSR 2009 telah diberi penerangan oleh En. Sukimin b. Juki (Guru Besar) dan penerangan mengenai aktiviti pula oleh Pn. Rathi Ambigai a/p Kanapati (Penyelaras Tahun 6) dan perbelajaan aktiviti tahun 6 pula diterangkan oleh En. Hamlay b. Othman (YDP PIBG). Diharap melalui program ini dapat memberi gambaran yang jelas tentang program dan sasaran UPSR tahun ini. Sasaran UPSR 2009 adalah 60 orang pelajar mendapat 5A dan peratus pelajar lulus UPSR adalah 90%. Menjadi tugas dan tanggungjawab semua pelajar, ibu bapa dan guru untuk sama-sama berusaha untuk mencapai sasaran ini.