Thursday, August 20, 2009

TIP MENHADAPI PEPERIKSAAN UPSR

PERSIAPAN SEBELUM PEPERIKSAAN UPSR
  • Kira "countdown". Tulis dengan jelas di meja belajar atau di ruang tamu.
  • Buat jadual waktu mengulangkaji.
  • Mahirkan tajuk-tajuk yang susah.
  • Baca seimbas lalu buku-buku untuk mengingat kembali pelajaran.
  • Buat banyak latihan dari soalan tahun-tahun lepas dan soalan dari negeri lain atau soalan ramalan.

SEMINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN

  • Ulangkaji dan baca nota-nota ringkas dan peta minda yang dibina.
  • Teruskan membuat lebih banyak latihan.
  • Tinggalkan melakukan kerja-kerja yang tidak ada kaitan terus dengan subjek peperiksaan seperti membaca majalah dan novel, menulis surat, menonton tv, membuang masa dengan santai, melakukan aktiviti hobi dan sebagainya.

SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN

  • Berehatlah sedikit, jangan sampai tertekan perasaan.
  • Tidur awal dan bangan awal.
  • Tenang dan rehatkan fikiran.
  • Banyak berdoa kepada Tuhan.
  • Ulang nota ringkas atau peta minda secara seimbas lalu.
  • Sediakan peralatan tulis da lain-lain dengan sempurna dan mencukupi.

MELANGKAH MASUK KE DEWAN PEPERIKSAAN

  • Yakin pada diri sendiri.
  • Tanamkan keyakinan "Boleh".
  • Jangan panik dan takut.
  • Ingat yang kita telah berusaha, sekarang masanya untuk bertawakal.
  • Membaca ayat al-Quran dan selawat.
  • Bermunajat terakhir meminta dibukakan hati oleh Tuhan.

KETIKA MENJAWAB KERTAS UPSR

  • Jawab soalan yang senang dahulu.
  • Jawab dengan tenang.
  • Ingat semuala apa yang telah dipelajari.
  • Tinggal soalan yang sudah dan cuba menjawabnya kemudian.
  • Jangan sampai terlupa soalan yang ditinggalkan.
  • Mesti menjawab semua soalan.
  • Gunakan masa yang berbaki untuk menyemak jawapan.
  • Semak seberapa banyak kali yang boleh.
  • Jangan berhenti selagi belum tamat masa menjawab.
  • Jangan sekali-kali meniru.

Diambil daripada "TEKNIK BELAJAR BERKESAN" Nur Amalina bt. Che Bakri.

Harap semua calon UPSR mendapat manafaat daripada bahan ini.

Monday, August 17, 2009

MENGULANGKAJI DI RUMAH BAGI CALON UPSR

Semua calon UPSR perlu mengulangkaji pelajaran terutama dalam cuti yang diberi oleh sekolah (17/8/09 hingga 24/8/09) dan disambung dengan cuti sekolah. Panjang cuti tersebut sedangkan tidak ada kelas tambahan akan dijalankan dalam tempoh tersebut.

Diharap semua calon UPSR dapat mengambil maklumat yang akan diberikan ini untuk memberi garis panduan mengulangkaji di rumah.

FUNGSI ULANGKAJI
  • Memantapkian ingatan.
  • Mengukuhkan kefahaman.
  • Menambahkan keyakinan.
  • Memberi latih tubi kepada minda.
  • Memenuhi aktiviti belajar dengan aktif.

KAEDAH ULANGKAJI YANG BERKESAN

  • Siapkan semua buku kerja dan latihan yang diberi oleh guru.
  • Buat latihan tersebut dengan cepat dan jangan bermalas-malas.
  • Banyak buat latihan.
  • Ulangkaji kertas soalan/peperikasaan yang telah diberi oleh guru. Semak dan kaji jika salah cari jawapannya.
  • Guna masa"prime time" untuk mengulangkaji pelajaran yang susah.
  • Gerakerja yang aktif dilakukan apabila telah lebih belajar.

GERAKERJA AKTIF KETIKA MENGULANGKAJI

  • Membaca dengan kuat, tetapi jangan sampai mengganggu adik beradik yang lain.
  • Mendapatkan bahan dari sumber ICT seperti VCD atau Internet.
  • Pindahkan bahan ulangkaji dari teks kepada bentuk gambarajah (mind maping), lukisan, jadual atau carta aliran.
  • Bahan pelajaran tersebut boleh dijadikan poster dan tampal di dinding.
  • Senantiasa tengok poster tersebut untuk proses mengingat.

PRAKTIKKAN TEKNIK-TEKNIK ULANGKAJI BERIKUT :-

1. Baca buku atau nota

  • Nota yang dibaca jangan terlalu panjang.
  • Hadkan kepada perkara yang mampu kami ingat sahaja.

2. Fahami apa yang dibaca

  • Jika tidak faham nota yang dibaca, ulangi hingga faham.
  • Jika perlu, ulangi hingga beberapa kali tajuk yang sama tetapi dalam buku rujukan yang berlainan pula.

3. Tutup buku

  • Ingat semula apa yang kamu baca dan faham daripada pembacaan.
  • Bina soalan tentang perkara yang kamu baca, kemudian jawab.
  • Jika tidak ingat dan tidak dapat menjawab, buka semua buku dan ulangkaji pembacaan tersebut semula.

4. Baca semula nota mengikut teknik-teknik di atas sebelum membaca nota seterusnya.

Harap maklumat ini dapat membantu semua calon UPSR untuk mengulangkaji di rumah pada waktu ini.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS DI TUNDA

Adalah dimaklumkan lawatan sambil belajar ke Petrosains anjuran Kelab Pembimbing Rakan Sebaya yang sepatutnya dijalankan pada 19 Ogos 2009 (Rabu) ini telah ditunda satu tarikh yang lain. Diharap ibu bapa dan murid yang telah terpilih untuk pergi ke Petrosains tidak merasa risau memandangkan bayaran untuk lawatan ini telahpun dibuat.

Monday, July 27, 2009

PERASMIAN MINGGU KARNIVAL KERJAYA






Minggu Karnival Kerjaya anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKS2BK sedang berlangsung dari 27 Julai 2009 hingga 31 Julai 2009. Karnival Kerjaya ini telah dirasmikan oleh Puan Siti Hanim bt Sungit, GPK Pentadbiran pada 27 Julai 2009. Turut bersama ialah Puan Nafisah bt Salleh, GPK Hal Ehwal Murid dan En. Azmin b Yahya, GPK Ko-kurikulum.

Sempena minggu kerjaya ini, pelbagai aktiviti akan dijalankan antaranya:
1) Pertandingan Menulis Karangan "cita-cita saya" bagi murid-murid tahap 2.
2) Pertandingan Mewarna bagi murid-murid tahap 1.
3) Kuiz.
4) Soal Selidik Kerjaya.
5) Pameran Kerjaya.

Tuesday, July 14, 2009

MINGGU KERJAYA

Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menganjurkan Minggu Kerjaya dari 27 Julai 2009 hingga 31 Julai 2009. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Tuesday, May 19, 2009

PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR TAHUN 5 & 6 BERSAMA FA-C TEAM INTEC UiTM SHAH ALAM

Tarikh ~ 15 & 16 Mei 2009
Masa ~ 3.30 pm (Jumaat) hingga 10.30 pm (Sabtu)
Tempat ~ SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
Dirasmikan oleh ~ En. Mohd Hassan b. Awang Boon (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Intec UiTM Shah Alam)

15 Mei 2009 - Fasa 1 (3.30pm - 9.00pm)
3.30 - 4.00 Pendaftaran
4.00 - 4.30 Taklimat Program
4.30 - 5.15 Solat dan aktiviti moral
5.15 - 6.30 Persediaan diri dan simpan barang di kelas
6.30 - 7.15 Makan malam dan persiapan solat
7.15 - 9.00 Solat maghrib dan Isyak atau aktiviti moral





15 Mei 2009 - Fasa 2 (9.00 pm - 12.00)
9.00 - 10.30 Muhassabah Diri - En. Saiful Anuar b. Basran
10.30 - 11.00 Minum malam dan tidur

Thursday, May 7, 2009

ADAKAH ANAK ANDA TERLALU TERTEKAN?

Walaupun ramai yang menganggap perasaan tertekan hanya dialami oleh orang dewasa, namun kanak-kanak juga boleh mengalaminya, dan kemungkinan besar anak anda juga turut mengalaminya.

Bukan semua tekanan tidak baik untuk kanak-kanak, tetapi sebagai ibu bapa di abad 21, anda perlu memahami tekanan yang dialami kanak-kanak serta memberi sokongan dari segi moral dan emosi kerana ia sebahagian daripada "Pekej Ibu Bapa".

Apakah "tekanan"?
Sesuatu yang dapat menimbulkan perasaan bimbang dan tertekan diklasifikasikan sebagai "tekanan". Tekanan dapat dibahagikan kepada 2 kategori iaitu tekanan positif dan tekanan negetif. Kedua-dua jenis tekanan ini adalah sebahagian daripada kehidupan manusia.

Friday, May 1, 2009

PROGRAM BULAN HAL EHWAL MURID

Program Bulan HEM adalah bermula dari 1 April 2009 dan berakhir 30 April 2009 anjuran unit bimbingan & kaunseling bersama-sama unit-unit di bawah HEM.

Bulan HEM ini berpayungkan beberapa program dari unit-unit HEM yang disatukan di dalam program bulan HEM. Antara program tersebut adalah :-
1. Program 3K (Kesihatan, Keselamatan, Kebersihan)
2. Program Sekolah Selamat
3. Program Pemantapan Disiplin.
4. Program Sekolah Sihat
5. Program PPDa
6. Program Budi Bahasa Budaya Kita
7. Program SPBT
8. Program Kaunseling Kerjaya
9. Program Pembudayaan Nilai Berterima Kasih
10. Kempen Senyum

Antara Program dan Aktiviti Sepanjang Bulan HEM :-

  • Ceramah dari polis untuk murid tahap 1 pada 8 April 2009 (7.30 pagi hingga 8.40 pagi)
  • Pengedaran pemplet pertama yang di dalamnya mengandungi:-

- Maklumat tentang bahaya denggi

- Maklumat Bahaya Kebakaran

- Maklumat Kebersihan

- Maklumat Pemakanan Sihat

- Maklumat Disiplin

  • Pengedaran Pemplet ke-2 yang di dalamnya mengandungi :-

- Maklumat Manual Sekolah Selamat

- Maklumat Keselamatan Diri

- Maklumat SPBT

- Maklumat Anti Dadah

- Maklumat nilai-nilai murni

  • Pertandingan Mewarna bagi Pra dan Kelas Tahap 1 - 13 hingga 24 April 2009

- Pra Sekolah (gambar kebersihan)

- Tahun 1 (gambar gaya hidup sihat)

- Tahun 2 (gambar alam sekitar)

- Tahun 3 (gambar Anti Dadah)

  • Pertandingan Melukis Poster bagi Tahap 2

- Tahun 4 (tajuk : Hulurkan Salam Maniskan Senyuman)

- Tahun 5 (tajuk : Sains dan Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara)

- Tahun 6 (tajuk: Dadah Bukan Mainan. Anda Cuba Anda Sengsara)

# Aktiviti ini perlu dijalankan pada masa PSV dan seorang pemenang akan dipilih bagi setiap kelas. Bagi kelas pra sekolah 2 pemenang akan dipilih dan begitu juga bagi kelas Intan.

  • Kuiz anti dadah - 13 hingga 24 April 2009

- Melibatkan semua kelas dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Kuiz ini perlu dijalankan semasa waktu PJK ( waktu prosidar)

# Seorang pemenang akan dipilih dari setiap kelas.

  • Pertandingan Personaliti Unggul - 20 hingga 30 April 2009

- Keunggulan murid adalah merangkumi kebersihan, sikap, penampilan diri, berperibadi baik dan rajin.Semua guru kelas mesti mencalonkan seorang murid bagi kelas masing-masing.

# Pemenang untuk kelas Pra - 2 orang

Pemenang untuk kelas Intan - 2 orang

Pemenang untuk tahap 1 - 5 orang

Pemenang untuk tahap 2 - 5 orang

  • Pameran dari Agensi Anti Dadah Daerah Petaling, Polis Trafik, Pusat Kesihatan, MPSJ dan Penjara pada 22 April 2009

  • "Fire Drill" dari pasukan Bomba Petaling Jaya pada 29 April 2009

  • Ceramah Keselamatan Diri dari pegawai polis Puchong pada 29 April 2009 pada waktu aktiviti kokuriklum.

Diharap semua aktiviti ini dapat memberi kesan kepada seluruh warga SKS2BK terutamanya murid-murid sekolah ini.

RANCANGAN AKTIVITI & PROGRAM UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING BAGI TAHUN 2009

1. Hari Orientasi Tahun 1 - 2 Januari 2009
2. Program Maju Diri - 5 hingga 7 Januari 2009
3. Majlis Permuafakatan Tahun 6 - 31 Januari 2009
4. Program Peningkatan Sahsiah Cemerlang - 15 Januari 2009
5. Program Kenali Unit Bimbingan & Kaunseling bersama guru - 23 Januari 2009
6. Program Motivasi Tahun 6 "Pecutan Awal UPSR" - 23 Mac 2009
7. Program Motivasi Tahun 6 " Otak Saya Hebat" -
8. Program Kemahiran Belajar "Peta Minda" - 21 April 2009
9. Hari Kerjaya - 18 April 2009
10. Bulan Hal Ehwal Murid
  • Program 3K (Kesihatan, Keselamatan, Kebersihan)
  • Program Sekolah Selamat
  • Program Pemantapan Disiplin
  • Program Sekolah Sihat
  • Program Pendidikan Pencegahan Rokok, Dadah, Inhalan dan HIV
  • Program Budi Bahasa Budaya Kita
  • Program Kaunseling Kerjaya
  • Program Pembudayaan Nilai Berterima Kasih
  • Kempen Senyum

11. Motivasi Guru

  • Perkembangan Staf 1 - 18 April 2009
  • Perkembangan Staf 2 - 23 Mei 2009
  • Perkembangan Staf 3 - 1 Jun 2009
  • Perkembangan Staf 4 - 2 Jun 2009

12. Teknik Menjawab Soalan UPSR - Jun hingga Julai 2009

13.Program Selepas UPSR

  • Pengenalan ke Tingkatan 1- 8 Oktober 2009
  • Manisnya Alam Remaja- 13 Oktober 2009

14.Program RIMUP

  • Aktiviti "Expore RIMUP" melalui aktiviti di Zoo Negara - Julai 2009
  • Program Semarak Merdeka- September 2009

15. Lawatan Kerjaya - 30 September 2009

16. Motivasi Diri Cemerlang

  • Tahun 4 - 6 Oktober 2009
  • Tahun 5 - 7 Oktober 2009

17. Bimbingan Kelas - sepanjang tahun

18. Bimbingan Individu & Kelompok - sepanjang tahun

MAJLIS MESRA BERSAMA KAUNSELOR DAN PELANCARAN PROJEK KOMUNITI SEKOLAH BERSAMA KOLEJ ANTARABANGSA KBU

Pada 15 April 2009 telah diadakan majlis mesra bersama guru bimbingan dan kaunselor serta pelancaran projek komuniti sekolah.

Antara perkara yang menarik untuk dikongsikan bersama adalah penyerahan poster "Secrets of Learning" kepada guru bimbingan di semua sekolah rendah Daerah Petaling Perdana. Di dalam poster tersebut dinyatakan 10 rahsia untuk belajar seperti berikut :-

10 Secrets of Learning

Learning Attitude
1. Remember that learning is about acquiring knowledge, and achieving good results in examination is a natural reward.
2. Treat learning as something that could bring you fun. Learning is just like playing a game where all you need to know is "how to play the game and have fun".

Aming for Success
3. Monitor your learning progress and do not set you goal too high or too low.
4. Construct a learning plan and a timetable, and follow them strictly.

Enhancing Learning
5. Pau attention to "how you learn" and not "how much time you spent on learning"
6. Get to khow the right learning methods for effective learning to take place.

Way of Enhancing Memory
7. Keep pactising what you have learned so that the "learning experience" could be transferred from shor-term to long-term memory.
8. Keep you mind active always. Someone who is constantly thinking and using his mind would remember things better.

Strategies for Exam Preparation
9. Organise all your revision materials and arrange your schedule according to the importance of these materials and the amount of time you have for revision.
10. Keep reminding yourself that after having tried your best, whatever the outcome of your examination would be secondary.

Extracted from, "The Secrets of Learning" by Mr See Hoon Peow, Principal of KBU International Collage

Wednesday, April 22, 2009

KANAK-KANAK & KESIHATAN MENTAL

Pada 9 April 2009 satu seminar kesihatan mental dikalangan kanak-kanak telah diadakan di Pusat Pengurusan Latihan JPS, Seksyen 6, Shah Alam. Semiar ini adalah anjuran Unit Psikiatri Remaja & Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya bersama Unit Pendidikan Khas JPS.

Kanak-kanak dan kesihatan mental

Kesihatan mental yang baik semasa alam kanak-kanak menentukan kesihatan mental yang stabil sepanjang alam dewasa. Pengalaman semasa kecil membina dan memperkukuhkan kesihatan mental, yang mana ini perlu dan menentukan asas kesihatan fizikal dan mutu kehidupan seseorang itu.

Q1) Apakah dia kesihatan mental?

Tidak berpenyakit fizikal tidak bermakna kesihatan mental seseorang itu baik.
Kesihatan mental adalah cara kita berfikir, merasa dan berkelakuan.
Ia juga adalah bagaimana kita berinteraksi bersama orang lain.
ia adalah bagaimana seseorang melihat dirinya, masalah mereka dan bagaimana mereka menyelesaikan masalah itu, bagaimana seseorang itu menilai dan membuat pilihannya.
Ia juga bagaimana seseorang itu berusaha untuk mencapai apa yang dikehendaki dan dilihat perlu di dalam kehidupan mereka.

Kesihatan mental adalah penting, ia menentukan bagaimana kita hidup dan merancang kehidupan kita.

Ramai kanak-kanak yang mengalami masalah di dalam kehidupan mereka tetapi orang dewasa tidak mengambil kira atau memperkecilkan perkara ini. Kanak-kanak membentuk 39% dari populasi dunia dan WHO menganggarkan 20% dari kanak-kanak ini mempunyai masalah kesihatan mental. Ramai diantaranya tidak dikesan dan tidak menerima rawatan.


Q2) Apa akan berlaku jika kanak-kanak ini tidak menerima pertolongan?
Mereka tidak boleh belajar dan melaksanakan tugasan mereka seperti rakan sebaya.
Mereka berisiko untuk hilang minat dan tidak menghabiskan pembelajaran mereka.
Mereka lebih berisiko ponteng dan berkemungkinan besar untuk dibuang sekolah.
Dari pengaruh kawan-kawan, mereka berisiko untuk mula merokok atau mencuba, dan menggunakan berbagai jenis dadah.
Mereka lebih ingkar, membantah dan kurang bekerjasama dengan ibu bapa dan guru.
Mereka berisiko untuk melarikan diri dari rumah.
Untuk membantu tabiat mereka, mereka lebih menggunakan kekerasaan dan ugutan untuk mendapatkan kehendak mereka.
Mereka lebih berisiko untuk melakukan kelakuan berisiko tinggi pada umur yang agak muda contoh menggunakan kekerasan, bertindak aggresif, atau terlibat dan melakuan kelakuan seksual.
Mood mereka mudah berubah menjadi murung, sedih atau mudah meradang.
Bersama dengan perubahan dalam mood mereka, mereka sering mempunyai pemikian yang negetif tentang diri mereka dan alam sekitar, mereka merasai mereka tidak berguna, hilang harapan dan bersalah. Mereka sering menyalahi diri mereka merasai mereka tidak berguna, sampai ke tahap ini, mereka bertindak ganas terhadap diri sendiri atau orang lain.
Ada yang berfikiran tidak ada gunanya untuk terus hidup.
Alam kanak-kanak sepatutnya merupakan masa yang dipenuhi dengan keseronokkan, kekaguman dan perasaan keriangan. Tetapi yang sebenarnya, bagi kebanyakkan kanak-kanak ini alam mereka berbeza. Ketahui bila anak anda atau rakan mereka mungkin mengalami kesusahan.

Akademik


Aduan mengenai masalah membaca, menulis atau mengira.
Prestasi sekolah yang tidak memuaskan walaupun kanak-kanak itu berusaha.
Penurunan prestasi sekolah yang mendadak atau mengejut.
Kelakuan
Aduan dari guru atau rakan sebaya tentang kanak-kanak itu susah atau tidak boleh duduk diam di dalam kelas, mereka sentiasa perlu bergerak, meninggalkan tempat duduk mereka atau mengacau atau bercakap-cakap dengan mereka semasa guru mengajar.
Hiperaktif, gelisah, tidak boleh duduk diam melainkan semasa menonton telivisyen, atau bermain komputer.
Sentiasa tidak boleh mengikut kata atau arahan, tidak boleh bekerjasama dan menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap ibu bapa, guru atau rakan.
Membuli dan sering menggunakan ugutan pada orang lain.
Sering dibuli
Tidak mudah berkawan
Selalu mudah marah dan bertindak aggresif contoh menjerit, membaling atau memukul orang lain.
Perubahan dalam corak pemakanan atau tidur mereka
Hilang atau kurang tenaga dan motivasi
Hilang atau kurang minat dalam alam persekolahan atau aktiviti yang dahulunya diminati mereka.
Makan terlampau banyak, atau membuang, menjauhi dan takut makan
Merokok untuk menolong mereka mengendalikan diri mereka
Iedea dan kelakuan yang tidak biasa seperti suka menyendiri, merasa cemas atau ketakutan.

Emosi


Menyuarakan kebimbingan, ketakutan atau perasaan cemas.
Muka dan perasaan muram, sentiasa atau mudah menangis.
Selalu cepat marah dan hilang kawalan diri.
Menyuarakan merasa kebingungan, tertekan, susah hati atau tidak gembira.
Mengadu susah tidur, sentiasa bermimpi ngeri atau sedih, sentiasa letih, susah untuk menumpukan perhatian atau tidak boleh berfikir dengan betul.
Sentiasa berfikiran negatif, hilang kemampuan untuk hidup, putus asa atau hendak lari dari rumah.
Mengadu telah disentuh oleh orang lain dan tidak merasa selesa atau tidak dapat melupakan kejadian itu.
Takut gemuk dan mulai tidak makan dengan betul.

Mengetahui bila kanak-kanak ini memerlukan pertolongan dan mengambil tindakan awal, menolong kanak-kanak dan keluarga mereka menyelesaikan masalah mereka sebelum terlambat. Ini menurunkan risiko masalah itu menjadi serius atau berpanjangan.

Q3) Siapa yang boleh menolong ?


Keluarga, guru dan rakan-rakan menyedari yang ada tak kena dengan kanak-kanak itu.
Bercakap dengan mereka suara yang sesuai dan cuba mengetahui perkara apa yang mendatangkan kesan terhadap mereka (Gently talk to them to find out).
Orang dewasa boleh bercakap kepada orang dewasa lain yang memahami dan mengetahui akan jalan menangani masalah di kalangan kanak-kanak.
Jangan sekali meminimumkan atau menyingkirkan masalah kanak-kanak itu, masalah ini selalunya tidak hilang begitu sahaja dengan umur kanak-kanak itu, jika tidak diambil kira, masalah itu akan berpanjangan dan menjadi lebih serius.
Bila masalah tidak hilang walaupun telah berusaha, kanak-kanak itu perlu menerima rawatan dari pihak-pihak tertentu (qualified professional, a doctor, paediatrician, clinical psychologist or psychiatrist).


Q4) Dimana mendapatkan pertolongan ?


Kebanyakan doktor yang merawat kanak-kanak mengetahui dan boleh memberikan pertolongan atau merujuk kepada pakar-pakar jika masalah berterusan atau serius.
Kebanyakan hospital-hospital besar ada kaedah untuk menolong kanak-kanak ini.

Unit Psikiatri Remaja & Kanak-Kanak,

PTj Perubatan Psikologi,

Pusat Perubatan Universiti Malaya,

59100 Kuala Lumpur.

Tel : 79493099

Fax : 79494609

email: ailihas@um.edu.my (Prof Dr Aili)

Tuesday, April 21, 2009

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 - KEMAHIRAN BELAJAR MELALUI PETA MINDA

Satu program motivasi kemahiran belajar melalui peta minda telah dijalankan pada 21 April 2009 dari 8.00 pagi hinga 2 petang yang telah dikendalikan oleh Pn. Susan Thomas dari Universiti Monash. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan dan merangsang otak kiri dan kanan pelajar dengan mengunakan peta minda. Pelajar juga perlu menghasilkan peta minda dalam kumpulan.

KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA PERINGKAT DAERAH PETALING 2009











Program Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya telah diadakan pada 18 April 2009 (Sabtu) bertempat di KBU International College di Bandar Utama. Sekolah kita telah menyertai pertandingan melukis poster. Pelajar yang terlibat adalah :-

1. Tang Kar Men - 6 Zuhal
2. Saranya a/p Balakrishnan - 5 Platinum

Semoga dengan menyertai aktiviti seperti ini dapat meningkatkan pengetahuan tentang aktiviti karnival pendidikan kaunseling kerjaya yang diadakan serentak diantara sekolah rendah dan sekolah menengah.

GURU PELATIH IBBM BAGI PROGRAM PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

2 orang guru pelatih dari Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia iaitu :-

1. Pn. Uma Dewi a/p M. Subramaniam
2. En. Krishnamoorthy a/p Muniandy

telah menjalani PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) di SK Seksyen 2 Bandar Kinrara mulai 23 Mac 2009 hingga 3 April 2009 iaitu 2 minggu bagi memberi pengalaman dan pendedahan sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah. Pihak sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan terima kasih atas kerjasama Pn. Uma Dewi dan En. Krishnamoorthy membantu menceriakan bilik bimbingan dan kaunseling.

Wednesday, April 1, 2009

SANTAPAN MOTIVASI PAGI - TAHUN 6






Pada pukul 7.45 pagi, murid Tahun 6 berkumpul di tapak perhimpunan. En. Sukimin menyampaikan beberapa nasihat dan pesanan untuk meningkatkan lagi prestasi murid menjelang UPSR. Murid diingatkan tidak membuang masa dan sentiasa membuat latihan. Murid perlu meningkatkan harga diri dengan ilmu-ilmu yang dipelajari supaya sasaran 60 pelajar mendapat 5A tercapai. Pn. Rathi juga mengingatkan pelajar tahun 6 supaya hadir kelas tambahan kerana kehadiran semakin merosot. Pn. Juliana juga mengingatkan murid mengenai Program Mentor-mentee yang telah bermula bulan Februari supaya terus berjalan. Setiap kumpulan perlu berjumpa guru mata pelajaran teras jika terdapat masalah dalam pelajaran teras tersebut. Ahli kumpulan juga boleh berjumpa dengan Pn. Juliana atau Cik Marlina jika ada
sebarang kemusykilan tentang Program Mentor-mentee.

Wednesday, March 25, 2009

Buletin April

SANTAPAN MINDA B &K

PELAJAR CEMERLANG

FOKUS KEPADA KERJA PENTING
WALAUPUN TIDAK SERONOK
SEMENTARA PELAJAR LEMAH
FOKUS KEPADA KERJA SERONOK
WALAUPUN TIDAK PENTING

~Dr Shukri Abdullah

Yang perlu diutamakan bukanlah sama ada sesuatu kerja itu seronok atau tidak tetapi sama ada sesuatu kerja itu mustahak atau tidak. Sekiranya perkara itu mustahak, walaupun tidak seronok, kita perlu lakukan kerana itulah yang menjadi amalah utama PELAJAR CEMERLANG.

Senarai Ahli Kelab PRS

PRS Tahun 6
1. Anis Marissa bt. Mazlee - 6 Zuhal
2. Muhammad Faris Azib b. Mohamad Fauz - 6 Zuhal
3. Monica Rebecca Theseira - 6 Zuhal
4. Nur Aliya bt. Ayob - 6 Zuhal
5. Izzat Amir Shah b. Izy Shah - 6 Zuhal
6. Muhammad Aiman Anaqi b. Alias - 6 Zuhal
7. Syafaf Zulaika bt. Shahruddin - 6 Zuhal
8. Mohammad Firdaus b. Fazmi - 6 Pluto
9. Amirah Aistina bt. Reza Anwar - 6 Pluto
10. Iffat Danial b. Mazlan - 6 Neptun
11. Sarah Aida bt. Zavihilzikri - 6 Neptun
12. Hana Najiha bt. Ahmad Januar - 6 Neptun
13. Navishah Ho - 6 Neptun
14. Siti Nur Syuhada bt. Shaik Azman - 6 Utarid
15. Nur Khairunisa Nabiha bt. Mafreen - 6 Utarid
16. priyanshini a/p Maniselvam - 6 Utarid
17. Muhammad Aiman Fitri b. Johar - 6 Utarid
18. Ras Hanny b. Roslee - 6 Marikh
19. Muhammad Haziq Daniel b. Ahmad Kefli - 6 Neptun
20.Muhammad Aiman Fitri b. Johar - 6 Utarid

Jumlah ahli PRS tahun 6 ialah 20 orang.

Ahli Kelab PRS Tahun 4
1. Mohd Azrie b. Mohd Azhar - 4 Beta
2. Muhammad Nazmi Imran b. Nazri - 4 Beta
3. Bhpndhar Singh - 4 Beta
4. Cliffford Choe - 4 Beta
5. Nurul Insyirah bt. Mohd Hatta - 4 Beta
6. Syaneeza bt. Shsharizal - 4 Beta
7. Patricia Hendry - 4 Beta
8. Muhd Aiman b. Sazali -4 Gamma
9. Amirul Hakimie - 4 Gamma
10. Mohd Fakhrul Zaman b. Zati - 4 Gamma
11. Nur Fatin Atira bt. Zaidi - 4 Lamda
12. Eyrin Nasha bt. Subaki - 4 Alfa
13. Alia Katrissya bt. Mazlee - 4 Alfa
14. Inani Husna bt. mohd Zaman - 4 Alfa
15. Siti Anis Fatihah bt. M. Arifin - 4 Sigma
16. Amzar b. Abu Bakar - 4 Sigma
17. Mohd Haziq b. Alias - 4 Sigma

Jumlah ahli PRS Tahun 4 iailah 17 orang.

Jawatankuasa Murid Kelab PRS 2009

Guru Penasihat :
Pn. Juliana bt. Wahid - Guru Bimbingan
Cik Marlina bt. Mohtar - Guru Bimbingan
Pn. Siti Hawa bt. Hamzah

Pengerusi :
Anis Marissa bt. Mazlee - 6 Zuhal

Naib Pengerusi :
Muhammad Faris Azib b. Mohamad Fauz - 6 Zuhal

Setiausaha :
Monica Rebecca Theseira - 6 Zuhal

Naib Setiausaha :
Nur Aliya bt. Ayob - 6 Zuhal

Bendahari :
Amirah Qistina bt. Reza Anwar - 6 Pluto

AJK Tahun 6 :
Sarah Aida bt. Zabihilzikri - 6 Neptun
Muhammad Haziq Daniel b. Ahmad Kefli - 6Neptun

AJK Tahun 4 :
Amzar b. Abu Bakar - 4 Sigma
Alia Katrissya b. Mazlee - 4 Alfa
Nurul Insyirah bt. Mohd Hatta - 4 Beta
Patricia Hendy - 4 Beta

Tahniah atas perlantikan ini diharap anda semua akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan tekun dan berdedikasi.

Kelab Pembimbingan Rakan Sebaya - 25/03/09

Hari ini merupakan perjumpaan yang pertama dalam aktiviti kelab PRS. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah :-

1. Pemilihan jawatankuasa murid bagi kelab PRS.
2. Membuat Pertandingan Kad Inventori Personaliti Warna yang paling menarik, kreatif dan kemas. 27 hasil kad IPW yang terbaik akan diletakkan di bilik darjah untuk memberi maklumat kepada murid. 2 hasil kerja yang terbaik daripada tahun 6 dan 2 hasil kerja yang terbaik daripada tahun 4 akan diberi hadiah.

Ahli PRS tahun 6 yang tidak hadir :
1. Muhammd Firdaus b. Fazmi. - 6 Pluto
2. Syafaf Zulaikha bt. Shahruddin - 6 Zuhal
3. Hana Najiha bt. Ahmad Januar - 6 Neptun

Ahli PRS tahun 4 yang tidak hadir :
1. Muhd Aiman b. Sazali - 4 Gamma
2. Clifford Choe - 4 Beta
3.Nur Fatin Atira bt. Zaidi - 4 Lamda
4. Mohd Fakhrul Zaman b. Zati - 4 Gamma
5. Eyrin nasha b. Subaki - 4 Alfa
6. Inani Husna bt. Mohd Zaman - 4 Alfa

Kehadiran keseluruhan pada hari ini adalah 28/37 orang iaitu 76% kehadiran Kelab PRS.

Buletin Mac

Santapan Minda B&K

Saya yang ke sekolah
Saya yang hendak ambil peperiksaan
Saya yang hendak berjaya :

Jadi sayalah yang
perlu belajar !

Kita yang menentukan masa depan kita sendiri. Jadi diri sendirilah yang perlu berusaha, bukan orang lain.

Kita harus berpegang pada satu pendirian – yakni berjaya atau gagalnya kita terletak di atas tanggungjawab sendiri.

Bukan orang lain.

Buletin Februari

Santapan Minda B&K

Achievement is not always success, while repeated failure often is. It is honest endeavor, persistent effort to do the best possible under any and all circumstances.

Pencapaian tidak selalunya bererti kejayaan, tetapi kegagalan yang digembar-gemburkan selalunya adalah kejayaan. Ia merupakan usaha yang jujur, kegigihan yang berterusan untuk melakukan yang terbaik dalam
semua keadaan.

Orison Swett Marden

Friday, March 6, 2009

Ceramah Motivasi - Otak Saya Memang Hebat!

Pada 5 Mac 2009, JK Tahun 6 bersama Unit Bimbingan & Kaunseling telah menjemput En. Kamil b. Idris iaitu seorang penceramah motivasi untuk memberi motivasi tentang kehebatan otak pelajar tahun 6. Sasaran program ini adalah untuk pelajar tahun 6. Ceramah ini diadakan di Pusat Sumber dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang. En. Kamil Idris ini telah dibantu oleh rakan beliau iaitu En. Syaharuddin b. Syahari. Melalui program ini, pelajar tahun 6 dapat mengetahui tentang kehebatan otak mereka dan mereka tidak akan memandang rendah pada diri sendiri.....pastinya diharap mereka yakin untuk mendapat 5A pada tahun ini. Jika ada guru bimbingan lain yang berminat bolehlah menghubungi En. Kamil Idris di 016-3760178. Terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan pihak sekolah.

Ceramah Motivasi - Pecutan Awal UPSR

Pada 23 Februari 2009 satu ceramah motivasi yang dianjurkan oleh JK Tahun 6 bersama Unit Bimbingan & Kaunseling telah diadakan di Pusat Sumber sekolah. Sasarannya adalah untuk semua murid tahun enam. Ceramah ini telah dicadangkan oleh salah seorang AJK PIBG iaitu Pn. Manjit Kaur. Penceramah dalam program ini adalah En. Ahamad Badrul Sani b. Baharudin dari Speak Out Training & Management Services (ahmadbadrulsani@yahoo.com). Ceramah ini berjalan dari pukul 11.00 pagi hingga 1.30 petang....walaupun sepatutnya hingga pukul 1.00 petang. Ini disebabkan oleh menariknya aktiviti yang telah dijalankan. Jika ada guru bimbingan lain yang berminat bolehlah menghubungi En. Badrul Sani di 012-4123305 atau melalui emelnya. Terima kasih kepada En. Badrul Sani yang sudi bekerjasama dengan sekolah kami.

Taklimat Bimbingan & Kaunseling dari PPD dan JPS

  1. Taklimat B&K kali pertama yang dianjurkan oleh PPD Petaling Perdana untuk mengigatkan kembali kepada semua guru bimbingan dan kaunseling tentang bidang tugas masing-masing. Program ini di pengerusi oleh Pn. Wan Fauziah bt Wan Abdullah iaitu Pegawai Kaunselor HEM di PPD pada 18 Februari 2009 di Kolej Inti Subang Jaya.

2. Taklimat B&K kali kedua ini pula adalah giliran pegawai kaunseling dari JPS iaitu En. Khairuddin untuk memberi pendedahan dan peringatan tugas B&K sangat penting di sekolah. Program ini diadakan di Berjaya University of Hospitality di Berjaya Times Square di Kuala Lumpur pada 23 Februari 2009

Friday, January 30, 2009

MAJLIS PERMUAFAKATAN TAHUN 6

Pada 31 Januari 2009 telah diadakan Majlis Permuafakatan Tahun 6 pada pukul 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa dan pelajar tentang aktiviti tahun 6, perbelanjaan yang terlibat dan selain daripada itu juga memberi motivasi kepada pelajar yang hadir. Penerangan tentang sasaran UPSR 2009 telah diberi penerangan oleh En. Sukimin b. Juki (Guru Besar) dan penerangan mengenai aktiviti pula oleh Pn. Rathi Ambigai a/p Kanapati (Penyelaras Tahun 6) dan perbelajaan aktiviti tahun 6 pula diterangkan oleh En. Hamlay b. Othman (YDP PIBG). Diharap melalui program ini dapat memberi gambaran yang jelas tentang program dan sasaran UPSR tahun ini. Sasaran UPSR 2009 adalah 60 orang pelajar mendapat 5A dan peratus pelajar lulus UPSR adalah 90%. Menjadi tugas dan tanggungjawab semua pelajar, ibu bapa dan guru untuk sama-sama berusaha untuk mencapai sasaran ini.

TAKLIMAT 3K

Pada 15 Januari 2009 diadakan taklimat tentang aktiviti dan program 3K (Kesihatan, Keselamatan, Kesihatan) yang dipengerusikan oleh Pn. Nafisah Salleh (PK HEM). Semua unit yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan 3K menghadiri taklimat awal 3K termasuklah unit bimbingan & kaunseling, unit kantin dan unit disiplin. Tujuan taklimat awal ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang pentingnya 3K dan persediaan program 3K bagi sekolah untuk tahun 2009. Antaranya, akan diadakan bulan 3K iaitu pada bulan April dan program 3K yang akan dijalankan pada bulan April dan program-program lain yang wajib dijalankan secara berkala oleh unit-unit di bawah 3K. Diharap melalui program 3K ini dapat memberi banyak manafat kepada seluruh warga SKS2BK.

Saturday, January 24, 2009

MESYUARAT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING KALI PERTAMA 2009

Pada 22 Januari 2009 telah diadakan mesyuarat perkhidmatan bimbingan & kaunseling untuk kali pertamanya di bilik wawasan tepat jam 1.30 petang hingga 2.30 petang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pn. Nafisah bt Salleh (PK HEM). Antara agenda mesyuarat ini adalah :-
1. 2 orang guru bimbingan bagi tahun 2009
2. JK Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling 2009
3. Bidang Tugas Guru Bimbingan
4. Sesi Bimbingan & Kaunseling
5. Program dan Aktiviti Unit Bimbingan & Kaunseling 2009
6. Hal-hal lain.

Friday, January 23, 2009

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN BUDAYA CEMERLANG ~ PENGAWAS SEKOLAH

Pada 21 Januari 2009 telah dijalankan program ini untuk pengawas sekolah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pengawas yang baru dilantik pada tahun 2009 ini mengetahui bidang tugas masing-masing, peranan dan tanggungjawab dalam menjalankan tugas dengan cekap dan berdisiplin menjadi intipati penting dalam program ini. Disamping itu, Pn. Nafisah Salleh (PK HEM) memberi amanat untuk menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang. Pn. Kausalya telah mengagihkan tugas-tugas semua pengawas mengikut kumpulan dan Pn. Juliana memberi motivasi untuk menjalakan tugas dan baik. Jika terdapat sebarang masalah ketika menjalankan tugas perlulah dirujuk dengan guru disiplin dan disamping itu juga boleh berjumpa dengan guru bimbingan. Program ini dijalankan pada pukul 7.45 pagi hingga 8.45 pagi di Bilik Wawasan.

Saturday, January 17, 2009

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH & BUDAYA CEMERLANG

Pada 15 Januari 2009 telah diadakan satu program khusus untuk ketua murid dan penolong ketua murid. Oleh itu seramai 54 orang pelajar telah menghadiri program ini yang bertempat di Bilik Wawasan pada pukul 7.45 pagi hingga 8.30 pagi. Pengisian program ini adalah untuk membimbing ketua kelas dan penolong ketua kelas tentang bidang tugas mereka semasa di bilik darjah. Dengan adanya program ini ketua kelas dan penolong ketua kelas akan menjalankan tugas mereka dengan betul dan cekap. Bulan Januari ini merupakan tempoh percubaan bagi mereka menjalankan tugas masing-masing. Jika ketua dan penolong ketua kelas didapati gagal menjalankan tugas mereka, maka mereka tidak akan dilantik semula dan jawatan mereka akan digantikan dengan murid lain. Perlantikan ketua kelas dan penolong ketua kelas akan dibuat pada 2 Februari 2009. Semoga anda berjaya menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Program ini anjuran bersama unit bimbingan kaunseling dan unit disiplin di bawah bahagian Hal Ehwal Murid.

Tuesday, January 13, 2009

BULETIN JANUARI

Rahsia terbesar kejayaan ialah

MEMBERI TUMPUAN SEPENUHNYA KETIKA GURU MENGAJAR.

Ketika ke sekolah untuk belajar dan untuk memahami sepenuhnya apa yang diajar oleh guru. Oleh itu tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang diajar oleh guru. Jika tidak, kita hanya membuang masa sahaja di sekolah.

Saturday, January 10, 2009

PROGRAM MAJU DIRI - PMD
















Program Maju Diri dijalankan pada 5 Januari 2009 hingga 7 Januari 2009 iaitu selama 3 hari yang membabitkan murid tahun 4,5,dan 6. Berbagai program telah disusun di dalam modul PMD ini termasuklah motivasi, suaimesra, kemahiran mengurus diri, kemahiran belajar, dan kerjaya. Guru telah diberi taklimat untuk program PMD pada 30 Disember oleh Pn. Juliana Wahid. Semua murid tahap 2 ini mesti menyediakan buku B&K untuk mencatat maklumat dan aktiviti PMD dan buku ini akan digunakan sepanjang tahun ini apabila guru bimbingan masuk ke kelas untuk Bimbingan Kelas dan program motivasi. Semua buku-buku ini akan disimpan oleh guru bimbingan di bilik Bimbingan dan Kaunseling. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan semua guru yang mengajar kelas tahap 2 ini yang menjadi tulang belakang untuk memastikan semua aktiviti yang dirangka dapat berjalan seperti yang diharapkan.

PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1











Pada 2 Januari 2009 adalah merupakan tarikh berlangsungnya program ini yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Murid. Unit Bimbingan dan Kaunseling membantu PK HEM iaitu Pn. Nafisah untuk menjayakan program ini. Program ini telah berjaya dijalankan dengan lancar walaupun hujan turun rintik-rintik dan memaksa lokasi perjumpaan dengan murid tahun 1 dan ibu bapa di tapak perhimpunan ditukarkan ke dewan sekolah. Syabas kepada semua guru yang membantu menjayakan program ini.

BERTAMBAH GURU BIMBINGAN & KAUNSELING

Mulai tahun ini kekosongan jawatan guru bimbingan dan kaunseling akan diisi oleh Cik Marlina bt Mohtar atas lantikan dalaman pihak sekolah. Oleh itu, kini terdapat 2 orang guru bimbingan dan kaunseling yang layak mengikut enrolmen murid sekolah ini iaitu Pn. Juliana bt. Wahid dan Cik Marlina bt. Mohtar. Semoga Unit Bimbingan dan Kaunseling akan bergerak lebih lancar dengan adanya " 2 head is better than 1".